Utama Android Samsung Warna-warna pilihan Samsung Galaxy S23 FE pula dilaporkan Tertiris

Warna-warna pilihan Samsung Galaxy S23 FE pula dilaporkan Tertiris

48
0
Samsung Galaxy S23 FE Render

Acapkali kedengaran ura-ura mengenai Samsung Galaxy S23 FE dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini termasuk desas-desus pelancarannya dalam bulan ini. September kini sudah melepasi pertengahannya dan setakat ini tiada khabar rasmi dari Samsung mengenai telefon pintar ini.

Pun begitu, imej rasmi Samsung Galaxy S23 FE dikatakan telah tertiris dan menunjukkan pilihan warna-warna yang akan ditawarkannya kelak. Secara luaran, Galaxy S23 FE kelihatan mirip dengan Galaxy A54 cuma berbeza sedikit kerana mempunyai kerangka logam.

Galaxy S23 FE dijangka akan ditawarkan dengan empat warna pilihan, cuma tidak dipastikan apakah nama pemasaran yang akan digunakan untuknya. Berdasarkan imej pengolokan terdahulu, S23 FE akan mempunyai port USB-C pada bahagian bawah yang diapit dengan gril pembesar suara dan mikrofon.Samsung Galaxy S23 FE Leaks

Ura-ura spesifikasinya sebelum ini menyatakan Samsung Galaxy S23 FE mungkin akan menawarkan paparan skrin Dynamic AMOLED FHD+ 6.4-inci 120Hz, RAM pilihan 6GB atau 8GB, storan pilihan 128GB atau 256GB dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan berwayar 25W. Telefon pintar berkenaan juga dijangka akan menampilkan tri kamera di belakangnya melalui kamera utama 50MP dengan OIS, ultralebar 8MP, telefoto 12MP dan swafoto 10MP.

Samsung Galaxy S23 FE dijangka akan mempunyai cipset sama ada Exynos 2200 atau Snapdragon 8 Gen 1 mengikut rantau di mana ia dipasarkan. Ketika S21 FE dilancarkan di pasaran Malaysia pada Januari 2022, model berkenaan menggunakan pemprosesan Samsung Exynos 2100.

SUMBERMS Power User
Artikel sebelum iniMicrosoft terbitkan kemaskini Edge untuk Windows 7 dan Windows 8
Artikel seterusnyavivo Y17s dilancarkan dengan Cip Helio G85, Kamera 50MP, Bateri 5,000mAh
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.