Utama Microsoft Microsoft janji beri peningkatan prestasi Windows 11 pada 2022

Microsoft janji beri peningkatan prestasi Windows 11 pada 2022

Tidak dapat dipastikan sama ada janji ini benar-benar ditunaikan atau sekadar ibarat menanam tebu di tepi bibir.

40
0

Menjadi lumrah bagi setiap sistem operasi baharu dilancarkan mengalami pelbagai jenis masalah dan menerima rungutan dari penggunanya. Windows 11 turut tidak terkecuali dan Microsoft baru-baru ini terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah yang menyelubunginya.

Salah satu isu yang kerap kali menerima aduan pengguna adalah berkenaan masalah prestasi Windows 11 dan Microsoft akan memandang serius perkara ini sepanjang tahun 2022 kelak.

Menerusi satu hantaran di dalam Reddit, pasukan pembangun Windows 11 menerima pelbagai soalan dari komunitinya. Microsoft mengambil maklum berkenaan perkara ini dan berikut adalah kenyataan mengenainya:

Performance will be an area of focus for us in 2022. A lot of that focus will go into startup/launch perf; in terms of UI elements rendering on the screen (after the framework is loaded), we’ve tested the scalability of doing things like putting 10k buttons on the screen, etc. Most of the UI elements render pretty quickly already, but it would be good to understand if there are specific UI element scaling/slowness issues you’re experiencing and we could take a look into that specific scenario.

Kenyataan balas ini hadir selepas salah seorang pengguna telah mengeluar pendapat beliau mengenai perkara ini:

“Pada saya, seperti setiap elemen antaramuka (UI) klasik yang telah digantikan dengan versi UWP XAML di dalam Windows 10 telah dirasakan menjadi semakin perlahan. Masalah ini masih berterusan di dalam Windows 11 dan seolahnya menjadi salah satu ciri utama bagi XAML baharu ini. Adakah masalah ini akan menjadi keutamaan untuk pembaikan?”

Microsoft memandang serius

Menerusi komen yang berlainan di dalam Reddit, jurucakap Microsoft memaklumkan pihaknya mengambil berat berkenaan isu prestasi ini.

Internally, in addition to wanting to focus some of our our UX framework’s time on perf in 2022, we also have a dedicated team formed recently to tackle this topic more holistically. So there’s multiple things we’re collectively doing here to try and make sure we have a good perf story.

Perkembangan ini dilihat sebagai usaha Microsoft memandang serius setiap pandangan penggunanya dan telah memberikan respon yang sebaiknya. Sama ada Microsoft benar-benar melunaskan janji terhadap penggunanya kita masih lagi perlu tunggu dan lihat.

Microsoft sebelum ini terpaksa mengembalikan versi aplikasi Whiteboard ke sebelumnya berikutan pelbagai isu terutamanya melibatkan prestasi. Untuk kali ini, Microsoft sekurang-kurangnya cakna mengenai pandangan pengguna dan mengambil langkah sewajarnya untuk membaik pulih.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.