Utama Microsoft Microsoft mungkin menggunakan Pemprosesan ARM pada tablet Surface Go yang akan datang

Microsoft mungkin menggunakan Pemprosesan ARM pada tablet Surface Go yang akan datang

539
0

Microsoft pada kebiasaannya tidak mempunyai reputasi yang bagus dalam penawaran peranti berkuasakan pemprosean ARM. Namun ini semua tidak menghalangnya untuk terus mencuba.

Baru-baru ini Microsoft telah mengumumkan Project Volterra, sebuah PC mini berkuasakan ARM khusus untuk pembangun. Sebelumnya, pernah diperkenalkan Surface Pro X yang menggunakan pemprosesan tersuai Microsoft SQ.

Kedua-duanya boleh dianggap bukan sebagai peranti arus perdana memandangkan ia dikhususkan pada PC yang digunakan oleh para pembangun dan perusahaan. Pun begitu, keadaan dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Menurut Windows Central, Microsoft sedang mempertimbangkan untuk meletakkan cip ARM ke dalam tablet Surface Go yang akan datang. Tidak dapat dipastikan sama ada ia kelak akan dinamakan sebagai Surface Go X atau Surface Go 4 kelak.

Buat masa ini, Surface Go 3 didatangkan dengan pilihan sama ada Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3-10100Y dengan pilihan RAM LPDDR3 sehingga 8GB dan storan SSD sehingga 128GB.

Berdasarkan spesifikasinya, memang jelas ia bukanlah tablet mercu. Akan tetapi ia merupakan salah satu penawaran paling berharga bajet dengan harganya bermula dari RM1,888 bagi Surface Go 3 dengan cip Pentium, RAM 4GB dan storan eMMC 64GB.

Jika rancangan ini berjaya diperkenalkan kelak, ia membuka ruang untuk lebih besar penghasilan peranti Windows dengan ARM di masa hadapan. Peralihan Windows ke ARM berhadapan jalan yang sukar kerana program yang diemulasikan pada ARM pada kebiasaannya tidak dapat berjalan lancar seperti yang ada pada Wndows x86.

Kelebihan paling kerana peralihan Windows ke ARM pastinya pada tempoh hayat penggunaan baterinya. Cip ARM pada kebiasaannya lebih cekap dan berdasarkan teori, tablet Windows berkuasa cip ARM sepatutnya lebih lama bertahan berbanding peranti Windows biasa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.