Utama Mobile Aplikasi Maybank2U tidak lagi beri SMS TAC untuk transaksi lebih RM2,000 selepas 6...

Maybank2U tidak lagi beri SMS TAC untuk transaksi lebih RM2,000 selepas 6 Oktober ini

8535
0
Logo Maybank

Maybank2U tidak akan memberikan SMS TAC untuk tujuan pengesahan bagi transaksi melebihi RM2,000 bermula dari 6 Oktober 2021. Kaedah pengesahan nanti akan digantikan dengan pengesahan melalui SecureTAC.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak Maybank menerusi laman web rasmi Maybank2u baru-baru ini.

Aplikasi mudah alih dari Maybank iaitu Maybank2U dan MAE menawarkan kaedah pengesahan SecureTAC. Ia digunakan kerana faktor keselamatannya yang lebih terjamin jika dibandingkan dengan SMS TAC.

Sebelum ini Maybank telah menjadikan Secure2u sebagai satu-satunya kaedah pengesahan bagi transaksi melebihi RM5,000 bermula dari 16 Februari. Ia kemudiannya berubah kepada transaksi lebih dari RM4,000 pada 24 Februari.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.