Maybank pada hari ini telah memperkenalkan ciri keselamatan baharu ‘Kill Switch’ di dalam aplikasi MAE dan juga laman web perkhidmatan perbankan dalam talian Maybank2u.
Menurut Maybank, anda boleh mengakses ke fungsi Kill Switch ini menerusi aplikasi MAE atau laman web Maybank2u. Anda boleh terus menggunakannya jika anda merasakan diri anda telah ditipu oleh scammer yang sedang bermaharajalela di luar sana.
Akses Maybank2u anda boleh dinyahaktifkan secara serta merta dan anda akan dilog keluar secara automatik dari semua sesi yang sedang aktif di dalam aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u. Fungsi ini seterusnya mampu menyekat sebarang percubaan untuk melog masuk dari pihak scammer.
Cara untuk mengakses ke Kill Switch ini amat mudah. Pada aplikasi MAE, kemaskini baharu yang membawakan ciri tersebut akan membawakan anda ke pilihan untuk memasukkan atau menyahaktif akaun anda.
Anda juga boleh mengakses ciri ini dengan pergi ke Settings > Security > Kill Switch menerusi laman web Maybank2u. Harus diingat, ciri ‘Kill Swtich’ ini tidak akan menyahaktifkan aktiviti seperti:
- Auto debit (pembayaran berkala yang sudah ditetapkan pengguna sendiri)
- Penggunaan mesin ATM
- Penggunaan kad Debit/Kredit
Pengguna perlu sentiasa peka dalam mengawasi tingkah laku para scammer kerana tidak ada mana-mana organisasi kerajaan, syarikat swasta meminta maklumat perbankan anda, OTP, TAC dan SMS / WhatsApp melalui perbualan telefon.