Utama Mobile Aplikasi Sokongan dan Muat Turun Aplikasi Maybank2U MY akan ditamatkan bermula 30 Jun...

Sokongan dan Muat Turun Aplikasi Maybank2U MY akan ditamatkan bermula 30 Jun ini

104
0

Semenjak aplikasi MAE diperkenalkan oleh pihak Maybank empat tahun lalu, aplikasi Maybank2U MY masih lagi disediakan dan tiada sebarang pengumuman dan penamatan rasmi penggunaannya dimaklumkan sepanjang tempoh tersebut.

Baru-baru ini, Maybank telah mengumumkan bermula dari 30 Jun 2024, para pengguna Maybank disarankan supaya beralih kepada penggunaan aplikasi MAE. Menurut kenyataan media yang diterbitkan, aplikasi Maybank2U MY tidak lagi akan menerima kemaskini baharu.

Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak boleh memuat turun aplikasi tersebut di dalam Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery. Pengumuman ini juga dilihat sebagai usaha Maybank untuk menamatkan aplikasi tersebut secara berperingkat.

Bagi anda yang masih lagi mempunyai aplikasi tersebut pada peranti anda selepas 30 Jun 2024, anda masih lagi boleh menggunakannya sehingga pengumuman mengenainya dikeluarkan. Pihak Maybank menggalakkan penggunanya beralih kepada aplikasi MAE bagi membolehkan sokongan keselamatan dan kemaskini terkini terus diterima oleh penggunanya.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Maybank.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.