Utama Microsoft Masalah pada Microsoft Installer (MSI) sebabkan sesetengan aplikasi Windows 10 & 11...

Masalah pada Microsoft Installer (MSI) sebabkan sesetengan aplikasi Windows 10 & 11 tidak boleh dibuka

Masalah ini bagaimanapun masih boleh dibaiki sendiri oleh pengguna. Dalam pada masa yang, pembaikan kekal juga sedang diusahakan dan akan disertakan pada kemaskini yang akan datang.

566
0

Microsoft telah mengesahkan terdapat isu dengan Microsoft Installer (MSI) yang menyebabkan berlakunya masalah apabila aplikasi berkenaan cuba mengemaskini atau melakukan pembaikan.

Antara aplikasi yang terkesan seperti Kaspersky tidak boleh dibuka setelah ia cuba dikemaskini atau dibaiki. Masalah berkenaan didapati muncul selepas kemaskini KB5007215 dan ke atas dipasangkan.

Kemaskini KB5007215 mula diluncurkan kepada pengguna pada 9 November lalu. Pengguna Windows 11 dan beberapa versi Windows 10 dilaporkan berdepan dengan masalah tersebut.

Berikut adalah senarai versi-veris Windows yang terkesan dengan isu tersebut menurut Microsoft:

Client: Windows 11, version 21H2; Windows 10, version 21H2; Windows 10, version 21H1; Windows 10, version 20H2; Windows 10, version 2004; Windows 10, version 1909; Windows 10, version 1809; Windows 10 Enterprise LTSC 2019; Windows 10 Enterprise LTSC 2016; Windows 10, version 1607; Windows 10 Enterprise 2015 LTSB; Windows 8.1; Windows 7 SP1

Server: Windows Server 2022; Windows Server, version 20H2; Windows Server, version 2004; Windows Server, version 1909; Windows Server, version 1809; Windows Server 2019; Windows Server 2016; Windows Server 2012 R2; Windows Server 2012; Windows Server 2008 R2 SP1; Windows Server 2008 SP2

Terdapat kemungkinan masalah ini dapat diatasi dengan menyahpasang aplikasi yang terkesan dan memasangkannya semula dengan versi paling terkini aplikasi tersebut.

Microsoft sedang mengusahakan langkah pembaikan sepenuhnya bagi masalah berkenaan dan dijangka akan menerbitkannya pada kemaskini yang akan datang.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.