Utama Komputer Sistem Operasi Check Disk pada Windows 10 20H2 boleh menyebabkan kerosakan SSD

Check Disk pada Windows 10 20H2 boleh menyebabkan kerosakan SSD

686
0

Bagi anda yang baru sahaja mengemaskini sistem operasi Windows 10 anda ke kemaskini 20H2, anda dinasihatkan supaya tidak melakukan imbasan Check Disk (ChkDsk). Terutama sekali bagi yang menggunakan SSD.

Menggunakan fungsi berkenaan dengan memasukkan pada parameter “/f” pada versi terkini Windows 10 berisiko merosakkan fail-fail pada SSD. Parameter tersebut digunakan bagi mengeluarkan arahan membaiki pemacu storan.

Pengguna-pengguna Windows 10 yang menggunakan SSD telah melaporkan mengalami masalah paparan biru maut (BSOD) apabila fungsi imbasan tersebut dilaksanakan.

Setakat ini masih lagi belum diketahui punca sebenar bagaimana masalah ini boleh berlaku. Pengguna yang mengalami masalah ini boleh cuba melaksanakan langkah pembaikan secara automatik atau manual melalui fail pemasangan Windows 10.

Pihak Microsoft sehingga kini masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung masalah ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.