Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Low Yat 2 diwujudkan pada satu tingkat di dalam Bangunan MARA Kuala Lumpur diubahsuai menjadi ruang niaga produk-produk telekomunikasi dan IT. Menariknya, beliau menggelarkan tingkat berkenaan sebagai “Low Yat 2” yang merujuk kepada Plaza Low Yat yang terletak di Bukit Bintang.
Beliau turut menyatakan bahawa pihak kementerian sedang mensasarkan untuk mewujudkan pembekal seramai boleh untuk “Low Yat 2” yang lokasinya dijangka ditempatkan di Tingkat 3, Bangunan MARA Jalan Raja Laut.
Selain itu, pihak kementerian turut merancang untuk menjadikan ruang niaga berkenaan dimiliki 100% peniaga Bumiputera. Bagaimanapun, pihak kementerian masih memberi kelonggaran untuk pembekal bukan Bumiputera turut serta memandangkan tidak banyak pembekal Bumiputera yang berkemampuan menyediakan produk telekomunikasi dan IT.

Secara umumnya, idea ini sangat menarik jika ianya berjaya diimplementasikan. Sungguh pun bakal menerima saingan sengit dari Kompleks Pertama yang terletak bersebelahan dengannya serta dari Plaza Low Yat sendiri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tetap yakin pembukaan “Low Yat 2” ini bakal memberikan kelebihan buat pengguna.
Apa yang lebih penting buat “Low Yat 2” ini adalah satu pelan jangka panjang perlu dirangka supaya peniaga-peniaga yang bertapak di sana mampu bertahan lama dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga semata-mata.
–Sumber asal dari Astro Awatni
mudah mudahan semuanya yang asli belaka.
setuju..tapi di KL ni, amat kurang org Melayu berniaga alat2 telekomunikasi dan IT..kalau ada pun yg jual produk second hand dan tiruan kt area Chow Kit..