Mantan ketua pembuat dasar di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) Nick Pickles baru-baru ini telah dilantik untuk menyandang jawatan di Tools for Humanity, syarikat yang membina teknologi untuk menyokong World Network (dahulu dikenali sebagai Worldcoin).
Memegang jawatan sebagai Naib Presiden Hal Ehwal Global di platform media sosial yang dimiliki Elon Musk, X, Nick Pickles kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Polisi untuk Tools for Humanity. Syarikat tersebut diasaskan secara bersama oleh Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, syarikat yang mempopularkan ChatGPT lima tahun lalu.
Nick Pickles sebelum ini pernah bertugas di Twitter bertahun-tahun sebelum diambil alih oleh Elon Musk yang kemudian menukarkan nama platform tersebut kepada X. Beliau sering melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pembuat-pembuat dasar badan-badan kerajaan dan turut mewakili pihak syarikat di dalam forum-forum global.