Utama Komputer Apple Apple MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Pro dan M1 Max kini di...

Apple MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Pro dan M1 Max kini di Malaysia

Harga bagi model baharu ini boleh didapati dari RM8,799 hingga RM25,199

50
0
MacBook Pro 2021 A

Selain dari AirPod generasi ke-3, MacBook Pro baharu dengan pemprosesan M1 Pro dan M1 Max kini mula dijual di Malaysia. Kesemua produk berkenaan telah pun diperkenalkan melalui acara Unleashed pada bulan lepas.

Pemprosesan M1 Pro dan M1 Max kini mula digunakan pada MacBook Pro 14-inci dan 16-inci. Dari segi spesifikasi pemprosesan tersebut, M1 Pro hadir dengan pilihan 8 dan 10 teras CPU yang turut menyertakan pilihan GPU masing-masing iaitu 14 dan 16 teras. Bersama-sama dengannya juga ditawarkan pilihan unified memory sehingga 32GB.

Dalam pada masa yang sama, M1 Max pula pula hadir dengan standard 10 teras CPU dengan pilihan GPU sama ada 24 atau 32 teras, berserta unified memory sehingga 64GB. Selain itu, pemprosesan ini juga lebar jalur memori dua kali ganda dari M1 Pro iaitu pada 4,000Gbps.Harga MacBook Pro

Antara yang menarik ditawarkan pada MacBook Pro 14-inci dan 16-inci baharu ini adalah pada bingkainya yang lebih nipis. Ia juga didatangkan dengan paparan ProMotion 120Hz bertakuk yang menempatkan FaceTime HD 1080p.

Model-model baharu ini juga mengembalikan pengecasan MagSafe, pembaca kad SDXC, dan port HDMI 2.0. Cuma, bagi peminat Touch Bar, fungsi berkenaan tidak disediakan pada model baharu Apple ini.Harga-MacBook-Pro-M1-Max-16-inci

Bergantung pada spesifikasi perkakasan yang anda pilih, harga MacBook Pro dengan pemprosesan M1 Pro bermula dari RM8,799 sehingga RM21,999. Manakala bagi pilihan dengan pemprosesan M1 Max pula harga yang ditawarkan bermula dari RM12,399 sehingga RM25,199. Anda boleh mendapatkannya menerusi laman web rasmi Apple Malaysia sekarang!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.