Utama Komputer Apple MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Pro di Malaysia berharga dari RM8,799

MacBook Pro dengan Pemprosesan M1 Pro di Malaysia berharga dari RM8,799

487
0
MacBook Pro 2021 B

Apple telah mendedahkan harga komputer riba MacBook Pro tidak lama selepas acara Unleashed yang berlangsung awal pagi tadi. Komputer riba Apple yang hadir dengan saiz paparan 14-inci dan 16-inci turut menyediakan pilihan pemprosesan Apple M1 Pro.

Pemprosesan dengan 10-teras CPU ini boleh dipilih pengguna sama ada pilihan 14 atau 16 teras GPU untuk MacBook Pro 14-inci. Manakala bagi MacBook Pro 16-inci pula, ditawarkan dengan GPU 16-teras dan unified memori 16GB sahaja.

Harga jualan komputer riba baharu dari Apple ini adalah berdasarkan pilihan komponen yang dibuat oleh pengguna. Untuk MacBook Pro 14-inci M1 Pro, harganya bermula dari RM8,799 yang menyertakan GPU 14-teras, Unified Memory 16GB, SSD 512GB, dan adapter USB-C 67W.Harga MacBook Pro M1 Pro Malaysia

Untuk MacBook Pro 16-inci pula, harganya bermula dari RM10,799 yang menampilkan M1 Pro dengan 16-teras GPU, unified memory16GB, SSD 512GB dan adapter USB-C 140W. MacBook Pro dengan pilihan saiz paparan ini ditawarkan dengan pilihan harga sehingga RM21,999 yang menawarkan GPU 32-teras, unified memory 32GB dan SSD 8TB.

Apple bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah MacBook Pro dengan pemprosesan baharu ini mula memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.