Utama Perkakasan Nvidia Kemaskini NVIDIA DLSS 2.3 bawakan peningkatan prestasi Grafik

Kemaskini NVIDIA DLSS 2.3 bawakan peningkatan prestasi Grafik

Kemaskini baharu ini membawakan peningkatan pada fungsi 'super sampling' dan mula ditawarkan pada sebahagian judul-judul permainan berkomputer.

490
0
NVIDIA-RTX-DLSS

NVIDIA secara rasminya telah mengumumkan kemaskini baharu untuk teknologi antialias yang dikenalisebagai DLSS. Versi baharu ini secara rasmi dinamakan DLSS 2.3 dan seperti kemaskini pada kebiasaannya, ia membawakan beberapa peningkatan.

Untuk maklumat, DLSS merupakan singkatan untuk Deep Learning Super Sampling. Ia merupakan teknologi yang diperkenalkan bersempena pelancaran siri kad grafik GeForce RTX 20 yang berasaskan NVIDIA Turing pada 2018.

Teknologi ini memanfaatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi melakukan render grafik permainan. Ia berkeupayaan meningkatkan resolusi rendah kepada resolusi yang lebih tinggi. Dalam pada masa yang sama, teknologi boleh mengekalkan perincian yang sama tanpa menjejaskan kadar bingkainya.

Jika DLSS 2.0 membawakan penggunaan AI untuk judul permainan yang menyokong ray-tracing, DLSS 2.3 hadir dengan penambahbaikan pada pergerakan di dalam permainan. Selain itu, ia juga menambahbaik pembinaan semula partikel untuk partikel yang bergerak.

Antara judul-judul permainan yang menyokong DLSS 2.3 termasuklah:

  • Deathloop
  • DOOM Eternal
  • Crysis 2 dan Crysis 3 Remastered Editions

Dalam perkembangan yang sama, NVIDIA juga menerbitkan alatan Image Comparison and Analysis Tool, atau dikenali sebagai ICAT.  Ia membolehkan pengguna mengambil sehingga empat imej atau video tangkapan layar dan melakukan perbandingan secara sebelah-menyebelah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.