Utama Komputer Apple MacBook Air tahun depan berkemungkinan dilengkapkan dengan Cip M2

MacBook Air tahun depan berkemungkinan dilengkapkan dengan Cip M2

586
0

Apple baharu sahaja mengumumkan MacBook Pro generasi terkininya pada minggu lepas. Ini seterusnya membawa kepada kemungkinan kemunculan MacBook Air yang dijangka dilancarkan pada 2022.

Menurut AppleInsider, maklumat yang diterima dari @dvlandkt mengatakan MacBook Air dijangka hadir pada pertengahan 2022. Ia dikatakan didatangkan dengan rekaan serba baharu yang mirip dengan rekaan MacBook Pro baharu.

Untuk spesifikasinya, MacBook Air generasi berikutnya ini dikatakan akan menggunakan pemprosesan Apple M2. Berdasarkan desas-desus mengenai pemprosesan ini, ia dijangka akan mempunyai sekitar 9 atau 10 teras pemprosesan grafik. Ia juga diramalkan bakal digunakan pada MacBook Pro 13-inci yang akan datang.

Tidak seperti MacBook Pro 14-inci dan 16-inci, MacBook Air baharu ini dirasakan tidak akan menyediakan port SD atau HDMI dan hanya bergantung pada port USB-C sahaja.

Selain itu, ia juga dikatakan akan hadir dengan ciri seperti MagSafe, webcam 1080p, adapter kuasa 30W dan juga tanpa kipas penyejukan. Juga disediakan menurut khabar angin sebelum ini, MacBook Air ini akan menyokong sekurang-kurangnya dua paparan luaran.

Bercakap mengenai paparan, MacBook Air keluaran yang akan datang ini turut dikatakan akan hadir dengan paparan Mini-LED.

Seperti biasa, khabar angin sebegini masih lagi belum dapat disahkan lagi selagi pihak Apple sendiri belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.