Home Laptop Lenovo Legion 7i, IdeaPad Gaming 3i kini di Malaysia; Harga dari RM3,599

Lenovo Legion 7i, IdeaPad Gaming 3i kini di Malaysia; Harga dari RM3,599

24
0

Lenovo baru-baru ini telah melancarkan produk laptop khusus permainan, Legion baharu untuk tahun 2020 ke pasaran Malaysia. Antara model yang telah dilancarkan termasuklah Legion 15, Legion 5i, dan Legion 5Pi.

Kini, dua buah model baru lagi telah dimasukkan ke dalam senarai barisan laptop permainan Legion 2020.

Salah satunya, Legion 7i, menawarkan spesifikasi tertinggi bagi laptop khusus permainan Legion generasi baharu ini. Laptop ini boleh dilengkapkan dengan spesifikasi sehingga Intel Core i7-10750H, RAM DDR4-2933 32GB, grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, dua SSD 1TB PCIe NVMe dan panel IPS 240Hz.

Pada harga RM6,319, model asas Legion 7i dilengkapkan dengan Intel Core i5-10300H, RAM 8GB, grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti, SSD 256GB dan panel IPS 144Hz.

Untuk IdeaPad Gaming 3i, laptop ini direka khusus untuk permainan kasual yang berorientasikan bajet. Dari segi pilihan pemprosesan, laptop ini menyediakan Intel Core siri H Generasi Ke-10 seperti mana yang terdapat pada Legion 7i.

Bagaimanapun, spesifikasi tertinggi yang ditawarkan oleh laptop ini adalah sehingga NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti, RAM DDR4-2933 16GB, SSD PCIe 512GB dan panel IPS 120Hz. Melalui harga jualan bermula dari RM3,599 untuk model standard berserta IdeaPad Gaming 3i HDD 1TB 5400rpm.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.