Lenovo baru-baru ini telah mengumumkan Legion 2 Pro akan dilancarkan pada 8 April ini. Telefon pintar ini turut didatangkan bersama-sama bateri berkapasiti 5,500mAh.
Bateri telefon pintar ini juga berkeupayaan menyokong pengecasan 90W, namun tidak dapat dipastikan sama ada kaedah pengecasannya sama dengan Legion Pro. Terdahulu, Legion Pro menawarkan dua port USB-C yang menyokong pengecasan 45W setiap satunya.
Lenovo buat masa ini masih lagi belum memperincikan spesifikasi Legion 2 Pro. Apa yang diketahui setakat ini ialah, telefon permua ini dilengkapkan dengan sistem penyejukan dwi-turbo, cipset Snapdragon 888 dan paparan 6.92-inci AMOLED HD+ Penuh 144Hz.
Geekbench turut mendedahkan Legion 2 Pro akan dikuasakan oleh Android 11 dan memiliki RAM sehingga 16GB. Model berkenaan menurut penanda aras tersebut akan hadir dengan storan 512GB. Turut dinyatakan, telefon ini dijangka akan hadir dengan dua konfigurasi memori iaitu 12GB/128GB dan 12GB/256GB.