Penutupan Perniagaan Telefon LG

LG telah disahkan telah menutup perniagaan telefon mudah alihnya bermula hari ini. Kerugian demi kerugian yang telah dicatatkan oleh gergasi elektronik ini telah menjadi antara sebab utama penutupannya.

Langkah selanjutnya, di masa hadapan LG akan memanfaatkan kepakaran dan pembangunan di dalam teknologi mudah alih seperti 6G untuk cabang perniagaannya yang lain.

Buat masa ini jualan model semasa telefon pintar LG masih lagi berjalan seperti biasa. Sokongan selepas jualan serta kemaskini perisian masih lagi disediakan untuk tempoh masa tertentu mengikut pasaran.

Pihak LG mensasarkan proses penutupan perniagaan telefon mudah alih ini selesai pada penghujung Julai ini. Bagaimanapun, jualan sesetengah model telefon LG masih lagi diteruskan selepas tarikh tersebut.

Sungguhpun Ketua Pegawai Eksekutif LG pernah menjanjikan bakal membawakan keuntungan kembali ke LG pada 2021, namun model LG Velvet dan LG Wing gagal meraih sambutan yang diharapkan.

Dominasi pasaran telefon pintar oleh Apple dan Samsung di seluruh dunia masih lagi sukar digugat. Malahan, penawaran telefon pintar mercu pada harga mampu milik dari Xiaomi dan Oppo juga menjadikan keadaan saingan semakin sengit.

Disember lalu, gergasi elektronik Korea Selatan ini hanya mampu menguasai pasaran telefon pintar global sebanyak 1.7 peratus sahaja.

Menurut Nikkei Asia, kemerosotan LG ini di arena telefon mudah alih ini turut dikaitkan dengan masalah bekalan semikonduktor global. Berbanding Samsung, LG tidak menghasilkan cipset telefon pintarnya sendiri. Bekalan cipset yang terhad ini menyukarkan LG memberikan peruntukan khusus bagi kegunaan telefon pintar keluarannya yang akan datang.

Kenyataan dari LG

Berikut adalah kenyataan penuh LG berhubung penutupan perniagaan telefon mudah alihnya:

“LG Electronics Inc. (LG) announced that it is closing its mobile business unit. The decision was approved by its board of directors earlier today.

LG’s strategic decision to exit the incredibly competitive mobile phone sector will enable the company to focus resources in growth areas such as electric vehicle components, connected devices, smart homes, robotics, artificial intelligence and business-to-business solutions, as well as platforms and services.

Current LG phone inventory will continue to be available for sale. LG will provide service support and software updates for customers of existing mobile products for a period of time which will vary by region. LG will work collaboratively with suppliers and business partners throughout the closure of the mobile phone business. Details related to employment will be determined at the local level.

Moving forward, LG will continue to leverage its mobile expertise and develop mobility-related technologies such as 6G to help further strengthen competitiveness in other business areas. Core technologies developed during the two decades of LG’s mobile business operations will also be retained and applied to existing and future products.

The wind down of the mobile phone business is expected to be completed by July 31, although inventory of some existing models may still be available after that.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.