Utama Mobile Aplikasi 533 juta Data Peribadi pengguna Facebook tersebar di Internet, Libatkan pengguna Malaysia

533 juta Data Peribadi pengguna Facebook tersebar di Internet, Libatkan pengguna Malaysia

1015
0

Sekumpulan penggodam telah dilapor berkongsikan sejumlah besar data peribadi pengguna Facebook sejak Januari lalu. Kini, data-data berkenaan didapati telah pun tersebar di internet.

Menurut Bussiness Insdier, penyelidik keselamatan Encik Alon Gal telah menemukan seorang pengguna di dalam laman forum godaman telah membuat tetapan seluruh set data berkenaan menjadi umum. Seterusnya telah mendedahkan perincian seluruh 533 juta pengguna Facebook. Data tersebut merangkumi nombor telefon, tarikh lahir, alamat emel, lokasi dan maklumat peribadi penting yang lain.

Sebahagian data berkenaan melibatkan 32 juta pengguna dari Amerika Syarikat, 11 juta dari United Kingdom, 6 juta dari India dan 11 juta dari Malaysia.

Encik Alon Gal pertama kali menemukan data berkenaan Januari lalu apabila mendapati pengguna-pengguna Telegram boleh membuat carian data berkenaan dengan bayaran. Penceroboh-penceroboh tersebut dilaporkan telah mengambil kesempatan atas kerentanan di dalam Facebook yang lama. Masalah kerentanan ini telah pun dibaiki Facebook pada Ogos 2019.

Pengguna yang masih baru atau telah mengubah maklumat penting sejak pembaikan berkenaan mungkin tidak terkesan. Namun, pencerobohan ini membahayakan sebahagian besar pengguna Facebook.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Encik Alan Gal, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Facebook berhubung perkara ini. Ini kerana ketirisan data yang berlaku sebelum pembaikan tersebut tidak dapat dihalang sepenuhnya.

Bagaimanapun, terdapat gesaan dari orang ramai yang meminta Facebook mengambil proaktif dengan memaklumkan pengguna yang terkesan supaya berhati-hati dengan kemungkinan mendapat gangguan panggilan palsu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.