Utama Laptop Laptop Gaming Lenovo Legion 2020 akan dilancarkan di Malaysia 28 Mei ini

Laptop Gaming Lenovo Legion 2020 akan dilancarkan di Malaysia 28 Mei ini

323
0

Lenovo pada hari ini telah mendedahkan mengenai pelancaran barisan laptop gaming Lenovo Legion 2020 di Malaysia pada hujung bulan ini. Tidak dapat dipasatikan sama ada pelancaran ini akan dipertontonkan kepada orang ramai atau tidak.

Baru-baru ini juga pihak Lenovo telah menyenaraikan beberapa produk Legion 2020 di laman web rasmi Lenovo Malaysia.

Sunggupun laman berkenaan tidak menyatakan spesifikasi terperinci laptop-laptopnya yang bakal hadir ke Malaysia, ia masih menyediakan spesifikasi umum.

Misalnya untuk Lenovo Legion 7i, ianya boleh dimuatkan dengan panel IPS Full HD 240Hz bersama-sama pemprosesan Intel Core i9-10980HK, grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super, dan RAM 32GB. Ianya juga menyokong SSD PCIe sehingga kapasiti 1TB atau pemacu memori Intel Optane H10 yang mengandungi SSD 1TB dan memori Optane 32GB.

Model berikutnya dikenali sebagai Legion 5i yang merupakan sebuah laptop 15-inci. Ianya menawarkan panel paparan IPS Full HD 240Hz IPS denganĀ  pemprosesan sehingga Intel Core i7-10875H dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2060. Laptop gaming ini juga turut menyokong SSD PCIe sehingga 1TB dan hard disk 2.5-inch 1TB 7200rpm bersama-sama RAM 16GB DDR4-2933.

Laman web Lenovo Malaysia juga turut menyenaraikan Legion 5 yang boleh didapati sehingga pemprosesan AMD Ryzen 7 4800H. Seperti model laptop berasaskan Intel, laptop gaming jenis ini boleh didapati dengan pilihan sehingga NVIDIA GeForce RTX 2060, 1TB PCIe SSD, 1TB 2.5-inci 7200rpm, dan RAM 16GB. Sungguhpun pilihan panel paparan hanya terhad sehingga Full HD 144Hz IPS panel, dengan mampu menyokong modul RAM DDR4-3200.

Tidak ketinggalan, Lenovo turut menyenaraikan sebuah lagi laptop gaming yang bukan dari kalangan keluarga Lenovo Legion. Lenovo IdeaPad Gaming 3i menyediakan pilihanĀ  pemprosesan sehingga Intel Core i7 Gen Ke-10, panel IPS Full HD 144Hz, RAM DDR4-2933 16GB, SSD PCIe 1TB, SATA HDD 2TB, dan memori Optane 16GB.

Berdasarkan jemputan media, Lenovo Malaysia dijadualkan akan melancarkan barisan produk Lenovo Legion 2020 pada 28 Mei 2020.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.