Bagi anda yang pernah menjatuhkan telefon pintar secara tidak sengaja, anda tentu maklum bahawa kos untuk membaik pulihnya adalah agak tinggi bergantung dengan jenis telefon pintar berkenaan. Telefon pintar keluaran Apple terbaru seperti XR, XS dan XS Max tidak terkecuali di dalam hal ini.

Berdasarkan senarai harga pembaikan yang diterbitkan melalui laman Apple Amerika Syarikat, kos baik pulih skrin iPhone XS Max mampu mencecah sehingga $329 (lebih kurang RM1,369). Harga repair saja dah boleh lepaih beli phone baru.

Harga yang dinyatakan ini adalah kos untuk baik pulih skrin sahaja. Belum campur dengan kos lain-lain lagi. Berbanding dengan telefon-telefon pintar lain yang ada di dalam senarai, iPhone XR menawarkan kos baik pulih skrin yang paling rendah, iaitu $199 (lebih kurang RM828) sahaja.

Setakat ini, wakil jualan iPhone yang sah di Malaysia seperti Switch dan Machines masih lagi belum mengemaskini senarai harga baik pulih peranti-peranti Apple. Dijangkakan ianya akan dikemaskini tidak lama lagi memandangkan telefon-telefon pintar Apple keluaran terbaru berkenaan dijadualkan akan tiba Jumaat ini.

Sumber berita diperoleh dari Apple Amerika Syarikat

Tinggalkan komentar