Utama Internet Pelanggan Bank Simpanan Nasional hadapi masalah akses ke MyBSN

Pelanggan Bank Simpanan Nasional hadapi masalah akses ke MyBSN

4145
1

Pelanggan Bank Simpanan Nasional nampaknya sedang berhadapan dengan satu lagi masalah untuk bulan September ini. Terdahulu, kerja-kerja naik taraf sistem yang dijadualkan bermula dari 31 Ogos hingga 4 September baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada para pelanggannya.

Antara masalah yang dilaporkan termasuklah kehilangan transaksi hinggalah kehilangan amaun di dalam akaun. Sesetengahnya masih lagi belum diselesaikan sehingga kini.

Hari ini, tambah lagi satu masalah apabila portal perbankan atas taliannya, https://www.mybsn.com.my telah tergendala. Berkemungkinan besar disebabkan oleh jumlah transaksi yang terlalu besar dijalankan oleh para pelanggannya. Maklum aje la, 25 hari bulan macam hari ni kan gaji orang kerja kerajaan baru masuk.

Setakat artikel ini ditulis, halaman utama MYBSN masih lagi mengeluarkan notis tergendala di muka utamanya. Manakala di laman Facebook rasmi Bank Simpanan Nasional pula sekarang ini:

Sumber imej cover diperoleh dari Sri Permaisuri

Artikel sebelum iniTM mula sediakan naik taraf Streamyx sehingga 100Mbps secara percuma
Artikel seterusnyaKos baik pulih skrin iPhone XS Max mampu cecah hingga RM1,369
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.