Utama Telco Digi Pelan Pascabayar Digi Broadband tawar lebih data, kini hingga 100GB

Pelan Pascabayar Digi Broadband tawar lebih data, kini hingga 100GB

1306
0

Digi telah mengumumkan pelan pascabayar Digi Broadband kini menawarkan lebih data pada kadar bayaran bulanan yang sama.

Pelan Broadband 45 kini menawarkan data keseluruhan pada 25GB, iaitu 15GB kuota asas dan selebihnya 10GB diperuntukkan bagi kegunaan aplikasi penstriman. Terdahulu, pelan ini hanya sekadar menawarkan kuota data asas sebanyak 8GB dan 7GB lagi untuk digunakan untuk Youtube sahaja.

Manakala pelan Broadband 65 pula, pelan asasnya telah dipertingkatkan dari 20GB kepada 30GB dan untuk penstriman pula telah dinaikkan dari 15GB kepada 20GB. Bagi pakej tertinggi di antara pelan-pelan ini, Broadband 105 pula kini menawarkan kuota asas 60GB dan 40GB kuota penstriman, peningkatan dari penawaran sebelum ini yang menetapkan 40GB kuota asas dan 35GB kuota penstriman.

Pelanggan-pelanggan sedia ada juga bakal menerima peningkatan kuota data serta merta. Maklumat lanjut, layari laman rasmi Digi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.