Home Mobile Telco Kerajaan tidak benarkan Perjanjian Eksklusif antara Penyedia Internet dengan Pemaju atau Bangunan

Kerajaan tidak benarkan Perjanjian Eksklusif antara Penyedia Internet dengan Pemaju atau Bangunan

26
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bersama-sama Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menegaskan perjanjian eksklusif di antara penyedia perkhidmatan internet dengan pemaju bangunan atau hartanah menyekat kebebasan pengguna untuk memilih perkhidmatan yang terbaik.

Bukan itu sahaja, perjanjian tersebut juga boleh membawa kepada kenaikan harga langganan di samping boleh menyebabkan kemerosotan pada prestasi perkhidmatan.

Oleh yang demikian, SKMM dan MyCC telah menggesa kesemua penyedia internet, pemaju hartanah dan pengurusan bangunan memperbetulkan semula sebarang perjanjian eksklusif berkenaan penyediaan infrastruktur telekomunikasi yang telah ditandatangani.

Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) yang diterbitkan oleh KKMM awal tahun ini, akses ke fasiliti infrastruktur perlu disediakan secara terbuka dan adil oleh pemaju hartanah tanpa sebarang diskriminasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.