Home Internet Kenapa ActiveX Controls Merbahaya kepada Pengguna

Kenapa ActiveX Controls Merbahaya kepada Pengguna

1269
2

ActiveX Controls (kawalan ActiveX) merupakan pemalam khusus untuk pelayar Internet Explorer. Ia banyak digunakan pada aplikasi-aplikasi yang dibuka melalui Internet Explorer seperti pemain Flash misalnya. Bagaimanapun, malangnya kawalan ActiveX seringkali menjadi punca kepada masalah-masalah yang berkaitan ciri keselamatan.

Secara asasnya, ia adalah sebahagian komponen perisian dan ia mempunyai akses terhadap keseluruhan komputer jika pengguna memberikan keizinan untuk ianya dipasang dan dijalankan. Jika anda menggunakan Internet Explorer, terdapat sesetengah laman web yang mengeluarkan pesanan (prompt) kepada pengguna untuk memasang ActiveX controls. Namun begitu, fungsi ini boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun ianya komponen tambahan untuk Internet Explorer, ia mampu melakukan perkara-perkara yang buruk pada sistem komputer anda. Antaranya, memantau aktiviti melayari laman web anda, memasang malware tanpa keizinan, mengeluarkan pop-up, merekodkan pergerakan papan kekunci termasuk kata laluan dan banyak lagi.

ActiveX tidak hanya terhad digunakan pada Internet Explorer, ia juga digunakan pada perisian dari Microsoft lain seperti Microsoft Office. Laman-laman web yang memerlukan penggunaan ActiveX controls ini biasanya laman-laman web yang khusus untuk Internet Explorer sahaja dan tidak boleh dibuka menggunakan pelayar-pelayar lain.

Kepentingan Ciri Keselamatan Pengguna

Seboleh-bolehnya, kita perlu elak dari ActiveX melainkan dari sumber yang benar-benar boleh dipercayai. Namun, jika sudah terpaksa, cuba kecilkan jumlah pemasangan kawalan ActiveX pada komputer anda.

Semakin banyak kawalan ActiveX dipasang pada komputer, semakin tinggi risiko keselamatan terhadap komputer anda. Kurangkan risiko ini dengan menanggalkan kawalan-kawalan ActiveX yang jarang digunakan.

Internet Explorer versi terkini mempunyai fungsi ActiveX Filtering (tapisan ActiveX), Protected Mode (Mod Perlindungan) dan “Killbits” yang berperanan menghalang ActiveX merbahaya dari dihidupkan. Malangnya, fungsi-fungsi ini masih lagi tidak mampu menjamin keselamatan penggunaan kawalan ActiveX disebabkan rekaan asalnya yang mudah dimanipulasikan.

Menguruskan Kawalan ActiveX

Butang Gear Internet ExplorerKawalan ActiveX yang sudah dipasang boleh diketahui dengan menekan menu (butang gear) pada Internet Explorer dan pilih Manage Add-ons. Klik pada kotak bawah Shows dan pilih All add-ons.

Biasanya, dalam Manage Add-on, kita akan jumpa kawalan ActiveX yang selalu dipasang seperti Adobe Shockwave Flash, Microsoft Silverlight dan Windows Media Player. Di sini, anda boleh mematikan (disable) atau membuang (remove) kawalan-kawalan di dalam ruangan ini, tetapi jika ingin menyahpasang kawalan-kawalan tersebut terus dari sistem operasi, anda masih lagi perlu melakukannya melalui Uninstall di Control Panel.IE Manage Add-ons

2 COMMENTS

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.