Utama Perkhidmatan China pertimbang haramkan perlombongan Kriptowang; Dakwa membazirkan sumber

China pertimbang haramkan perlombongan Kriptowang; Dakwa membazirkan sumber

730
0

Kriptowang kini kembali diperbincangkan setelah nilainya mula meningkat kembali. Bagaimanapun, tidak semua berita baik mengenainya hadir di saat ini apabila badan kawalan di China sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan aktiviti perlombongan kriptowang di negara tersebut.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pemulihan Kebangsaan China (National Development and Reform Commission, NDRC) menyamakannya dengan industri-industri punca pencemaran lain seperti arang batu kerana banyak membazirkan sumber. Untuk itu badan kerajaan China berkenaan telah menyatakan rancangan menyelaraskan industri-industri di dalam negaranya. Antara yang dirancang termasuk mengkategorikan industri apa yang digalakkan, disekat dan dihapuskan dengan kriptowang dimasukkan ke dalam kategori industri yang perlu dihapuskan.

Pelombong-pelombong kriptowang di China menyumbang kepada hampir satu pertiga dari keseluruhan kriptowang di seluruh dunia. Namun, kerajaan China menyatakan industri tersebut di negara berkenaan turut menyumbang kepada pencemaran 10 juta tan karbon dioksida ke udara melalui perkakasannya.

Antara langkah yang diambil untuk mengharamkan aktiviti tersebut termasuklah meningkatkan tarif elektrik dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar oleh pihak berkuasa tempatan. Pada masa yang sama, langkah yang diambil tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi mengurangkan tindak balas di dalam pasaran.

Jika penguatkuasaan tersebut dilaksanakan, pelombong-pelombong di China mungkin terpaksa keluar dari negaranya dan perlu beralih ke tempat lain. Pada masa ini, kertas cadangan dari NDRC berkenaan masih lagi di peringkat perbincangan dan akan dibawa ke kerajaan pusat untuk diputuskan selepas tempoh timbang tara selesai 5 Mei ini.

Sumber berita diperoleh dari South China Morning Press

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.