Utama Teknologi Kesan Negatif Swafoto mengikut kajian Sains

Kesan Negatif Swafoto mengikut kajian Sains

4686
3

Swafoto, tiada perkara lain yang menjengkelkan di dalam dunia media sosial selain daripadanya. Walaupun kita sedia maklum bahawa media sosial sememangnya dihujani dengan pelbagai foto-foto yang menjengkelkan. Namun swafoto tetap unggul sebagai satu trend tabiat di dalam media sosial.

Apa yang sudah terjadi kepada masyarakat dunia hari ini adalah bertitik tolak dari sikap kita yang semakin narsistik sifatnya dari hari ke hari.

Melalui kepesatan perkembangan teknologi komunikasi dan juga kemajuan bidang ICT dunia, trend swafoto sudah menjadi sebahagian dari gaya hidup generasi masa kini. Jika selebriti yang melakukannya, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Tapi, bila sampai pemimpin-pemimpin besar pun kemaruk swafoto, itu sudah jadi cerita lain.

Kajian-kajian saintifik berkenaan tabiat ini turut dijalankan untuk mengetahui kesannya terhadap psikologi manusia serta punca mengapa masyarakat dunia hari ini begitu obses dengan berswafoto. Majoriti berpendapat ia berpunca dari sikap narsistik manusia hari ini yang dipicu oleh perkembangan media sosial. Swafoto adalah sebahagian dari cambahan sifat narsistik pengguna media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan lain-lain.

Menurut kajian yang dilakukan di Birmingham Business School, empat professor yang melakukan kajian berkenaan membuat rumusan bahawa individu yang gemar berswafoto sukar untuk memulakan persahabatan.

Melalui tinjauan yang dibuat terhadap 508 orang pengguna Facebook, kajian yang bertajuk, “Tagger’s Delight? Disclosure and liking behaviour in Facebook: the effects of sharing photographs amongst multiple known social circles” mendapati individu yang cenderung untuk berswafoto, menjawab tidak mempunyai teman rapat melalui jawapan kaji selidik yang diberikan.

Ketua Penyelidik kertas kajian berkenaan, Dr. David Houghton menyatakan, “People, other than very close friends and relatives, don’t seem to relate well to those who constantly share photos of themselves (Masyarakat, selain dari teman rapat dan saudara mara, tidak begitu menggemari individu-individu yang terlalu kerap berkongsikan gambar diri sendri)”

Tambah beliau lagi, “It’s worth remembering that the information we post to our ‘friends’ on Facebook, actually gets viewed by lots of different categories of people: partners; friends; family; colleagues and acquaintances; and each group seems to take a different view of the information shared (Harus diingat bahawa maklumat yang dihantar kepada ‘rakan’ di dalam Facebook sebenarnya dilihat oleh orang lain dari pelbagai kategori: pasangan, rakan, keluarga, rakan sekerja dan kenalan; setiap dari kategori ini akan memberikan pandangan yang berbeza bagi setiap maklumat yang anda kongsikan).”

Oleh itu, berpada-padalah bila berswafoto. Jika kita tak mampu nak buatkan orang suka pada kita, sekurang-kurangnya janganlah buatkan orang lain menyampah pada diri kita.

Artikel pernah disiarkan pada 19 Mei 2015. Imej cover diperoleh dari Encik Shino

3 KOMEN

  1. sy xsuka berselfie..tapi suka tgk gambar org lain. tapi harus diakui, kalau dah fb dia asyik gmbr dia berselfie memanjang, buat sy xberminat lagi nak follow dia. tapi kalau kat instagram, kebanyakkannya terutama artis suka post gambar depa berselfie, tapi xpulak sy rs menyampah..mgkin sebab artis ni cantik..hehe..

    peace

  2. Penyakit suka selfie ini bukan saja di kalangan remaja, tapi juga di kalangan orang dewasa, di kalangan mereka yg sangat matang, termasuk tokoh politik. MB negeri saya (Kedah) juga suka berselfie, kalau ada apa-apa majlis bila berpeluang dia akan berselfie dengan rakyatnya. Jika teori prof2 itu betul, mungkin betul dia kesepian dan keseorangan kerana keluarganya tinggal di KL???

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.