Utama Samsung Samsung secara rasminya melancarkan Neo QLED, OLED Smart AI TV dan Q-Series...

Samsung secara rasminya melancarkan Neo QLED, OLED Smart AI TV dan Q-Series Soundbar 2024 di Malaysia

173
0

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Samsung Electronics Malaysia dengan bangganya memperkenalkan siri TV dikuasakan AI terbaharu mereka Neo QLED 8K dan 4K serta TV OLED terkini. Ciri-ciri inovatif terbaharu Samsung yang dikuasakan AI ini memberikan pengalaman hiburan TV yang lebih pintar. Ia ditambah baik dengan pemproses canggih yang menawarkan penyelesaian terbaik AI.

“Samsung telah melabur dalam penyelidikan AI serta menetapkan ciri-ciri pintar ke dalam produk TV dan audio kami lebih daripada satu dekad. Siri produk 2024 kami semuanya dilengkapi teknologi AI bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman hiburan yang lebih baik. Dengan Neo QLED 8K dan 4K serta TV OLED terkini, kami mahu rakyat Malaysia mendapat kepuasan tak terhingga daripada teknologi AI sekaligus menikmati pengalaman hiburan yang tiada bandingan dengannya,” kata Denny Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd.

“Untuk menikmati pengalaman hiburan luar biasa dengan AI, Samsung turut menawarkan teknologi audio terkini dalam industri bagi melengkapi kecanggihan visual TV Samsung. Tidak mengkira dialog atau muzik, Samsung amat menitik beratkan kejelasan bagi memastikan kepuasan pengalaman audio dan visual yang sepadan untuk pengguna Samsung,” tambah Encik Kim.

Kuasa AI-novatif: Pengalaman Hiburan Dipertingkatkan dengan Neo QLED 8K

Neo QLED 8K dengan kualiti gambar realisitik, teknologi audio premium dan pelbagai aplikasi mudah alih sudah tentu dapat memberikan pengalaman hiburan lebih menarik apatah lagi kini ia disertakan dengan Pemproses NQ8 AI Gen3 yang inovatif. Pemproses canggih ini adalah enjin AI paling terpantas dan terkini Samsung. Ia turut diperkuatkan dengan peranti Neural Processing Unit (NPU).

Enjin AI ini mempunyai kelajuan dua kali ganda berbanding sebelumnya berserta peningkatan lapan kali ganda iaitu daripada 64 kepada 512 dalam rangkaian neuralnya. Selain pengalaman hiburan lebih menarik, enjin AI ini direka untuk memproses sejumlah besar visual dan audio secara serentak bagi memberikan pengalaman hiburan terbaik dan pada masa yang sama mengoptimumkan penggunaan tenaga sepenuhnya.

8K AI Upscaling

Memperkenalkan 8K AI Upscaling, Neo QLED yang menggunakan teknologi pemproses NQ8 A1 Gen3 dan rangkaian neural terbaru, meningkatkan kandungan resolusi rendah dan menyerlahkan paparan 8K TV Samsung. Neo QLED turut memperkenalkan AI Motion Enhancer Pro turut membantu meningkatkan kualiti visual supaya lebih lancar dan jelas sekaligus memberikan pengalaman hiburan yang lebih baik dengan resolusi tinggi. Real Depth Enhancer Pro pula menambah kedalaman visual secara langsung dan menetapkan standard baharu pengalaman visual.

Tersedia dalam dua model iaitu QN800D dan QN900D dengan saiz 75 dan 85 inci, Model QN900D direka khusus dengan Infinity Air Design yang dilengkapi sisi ramping berserta skrin 13.1mm dan disokong oleh Mystic Floating Stand bagi memberi kesan cermin khas yang unik.

TV Samsung terkini turut menawarkan audio yang jitu dengan dibantu teknologi AI yang meningkatkan kualiti bunyi. Inovasi terbaharu Samsung, Active Voice Amplifier (AVA) Pro Function pula bertindak sebagai ciri tambahan untuk meningkatkan kualiti audio bagi dialog, yang membolehkan setiap perkataan dapat didengari dengan lebih jelas.

Samsung turut memperkenalkan Mod AI Customization yang secara automatik menyesuaikan gambar mengikut ketetapan pilihan pengguna dan Mod AI Auto Game yang mengenal pasti ciri permainan video dan mengoptimumkan sepenuhnya ketetapan kualiti visual dan audio untuk memberikan pengalaman permainan dan hiburan yang tidak dapat dibandingkan. Selain itu, Mod AI Energy secara pintar menjimatkan tenaga dengan melakukan analisa terhadap tingkah laku pengguna dan keadaan sekeliling. Melalui ciri Environment Adaptive Brightness pula, TV Samsung secara dinamik menyesuaikan kecerahan berdasarkan perubahan pencahayaan persekitaran sekaligus meningkatkan kedalaman dan kegelapan visual untuk pengalaman hiburan yang lebih optimum. Penggunaan elektrik TV Samsung turut dipantau binaan dalaman Hub IoT, SmartThings.

Ciri AI bagi TV Samsung: Neo QLED 4K dan OLED

Pelbagai pilihan diaturkan untuk kesesuaian gaya hidup yang dinamik, dengan pengenalan TV Samsung Neo QLED 4K dan OLED. Tawaran produk pelbagai pilihan ini menggariskan pendekatan Samsung dan pengguna untuk semua rakyat Malaysia.

Terhasil dengan inspirasi daripada TV andalan Samsung QLED 8K, Neo QLED 4K 2024 ialah inovasi canggih yang meningkatkan pengalaman hiburan dan dikuasakan dengan Pemproses NQ4 AI Gen2. Cip canggih ini sememangnya berikan pengalaman berlainan bagi setiap adegan dengan memberikan resolusi 4K terunggul dengan kejelasan tiada tandingan. Dilengkapi Real Depth Enhancer Pro dan Quantum Matrix Technology, ia adalah skrin yang menjamin kontras luar biasa walaupun dalam keadaan visual paling rumit, justeru menetapkan standard baharu bagi ketepatan warna visual dan paparan Pantone Validated pula mengoptimumkan pengalaman hiburan dengan lebih lagi. Tersedia dalam saiz antara 55 sehingga 98 inci, Neo QLED 4K pasti dapat memberikan pengalaman hiburan memuaskan bagi apa jua genre tontonan dan jua pengalaman UHD 4K terbaik.

Samsung turut memperkenalkan Glare-Free OLED yang menghilangkan pantulan sambil mengekalkan kegelapan dan imej jelas dalam apa jua bentuk pencahayaan. Dikuasakan oleh Pemproses NQ4 AI Gen2 yang tidak kurang hebatnya seperti siri Neo QLED 4K, TV Samsung OLED turut mempunyai ciri seperti Real Depth Enhancer dan OLED HDR Pro yang memastikan kualiti gambar sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Dikuasakan oleh ciri Motion Xcelerator 144Hz, TV OLED mempunyai tindak balas pantas yang bersesuaian bagi permainan video. Dinaik taraf dengan reka bentuk bergaya, TV OLED ini didatangkan dalam dua model iaitu S95D dan S90D dan tersedia dalam saiz 65 sehingga 77 inci menjadikan ia pilihan terbaik untuk setiap isi rumah di Malaysia.

The Frame 2024: Galeri Seni Anda Kini di TV

The Frame, skrin gaya hidup terlaris ini memperkenalkan peningkatan baharu dalam pengalaman estetik seni. Dengan lebih 2,500 karya seni dari muzium juga galeri terkenal yang terdapat di Art Store, pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Edisi 2024 ternyata menawarkan lebih lagi pengalaman estetik seni dan pada masa yang sama mengurangkan kos tenaga yang diperlukan berdasarkan pelarasan pertukaran visual di ArtMode5.

Siri Audio yang Luas dan Pelbagai bagi Setiap Penggemar Hiburan

Diinspirasi daripada The Frame, Samsung memperkenalkan Music Frame, peranti serba baharu yang menawarkan pengalaman harmoni penuh lancar kepada pengguna dan persekitaran mereka. Tidak kira didirikan atau dipasang pada dinding, peranti baharu ini merangkumi gabungan fungsi dan ciri canggih sempurna bagi membolehkan pengguna memaparkan simpanan seni peribadi mengikut kesesuaian sama ada foto seni, karya seni juga disertakan ciri audio tanpa wayar dan bantuan suara binaan dalaman.

Melalui sambungan tanpa wayar Wi-Fi dan Bluetooth, Music Frame mampu menawarkan penstriman muzik dengan mudah daripada peranti mudah alih anda dan mampu menyokong sehingga lima sambungan tanpa wayar serentak untuk hiburan seisi keluarga. Oleh kerana ia begitu versatil, Music Frame boleh beroperasi secara sendiri atau dikoordinasikan sehingga dua peranti dengan teknologi Q-Symphony dan ia semestinya memberikan pengalaman paparan memuaskan di mana jua ruang kediaman.

Walaupun dengan saiz padat, Music Frame memberikan pengalaman hiburan audio berkualiti 2.0ch dengan Dolby Atmos® penuh hebat yang memberikan kepuasan bagi kedalaman, kejelasan dan butiran runut bunyi sama ada untuk filem, penstriman muzik atau sekadar bunyi persekitaran. Selain Music Frame, Soundbar siri-Q juga turut berserta sokongan Dolby Atmos dan apabila dikoordinasikan bersama TV Samsung dengan menghubungkan pembesar suara hadapan, sisi dan sokongan, ia memberikan kepuasan audio yang sama sekali menetapkan definisi baharu pengalaman hiburan.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Samsung Malaysia untuk membawa Dolby Atmos ke TV Samsung Neo QLED 8K baharu, Soundbar Q-Series dan Music Frame terbaharu,” kata Ashim Mathur, Naib Presiden, Pemasaran Asia Pasifik, Dolby Laboratories. “Dolby Atmos menawarkan pengalaman audio premium multidimensi dengan kedalaman, kejelasan dan butiran runut bunyi yang hebat. Dengan peningkatan judul audio yang terdapat dalam simpanan koleksi Dolby Atmos, pengguna di Malaysia pastinya dapat menikmati hiburan kegemaran mereka dengan lebih baik.”

Meningkatkan Keselamatan Sekuriti dan Peribadi dengan Samsung Knox

Tizen OS Home baharu menawarkan pengalaman peribadi melalui ekosistemnya dengan akaun pengguna individu yang dapat disesuaikan untuk cadangan kandungan berdasarkan setiap ahli isi rumah. User Interface (UI) yang intuitif memudahkan penemuan kandungan dan dilindungi Samsung Knox Security yang menjaga data sensitif dan akses terhad juga melindungi pengguna daripada perisian tidak baik. Dilengkapi ciri Knox Vault, cip keselamatan khusus ini membuatkan Samsung dapat memastikan pemindahan data disulitkan untuk setiap peranti yang disambungkan bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna.

Samsung Tizen OS berfungsi sebagai platform sehenti bagi kesemua aplikasi. Samsung TV pula menawarkan lebih 2,500 saluran TV secara langsung dan Video-On-Demand (VOD) juga pelbagai lagi kandungan manakala Samsung Daily+ menyatukan hiburan, kesihatan dan perdagangan dalam satu hab TV bagi memudahkan gaya hidup dikaitkan.

Kemas kini terbaharu SmartThings pula membolehkan ruang tamu dijadikan hab kawalan pintar dengan TV Samsung sebagai peranti yang membolehkan pengguna memantau dan mengurus kesemua peranti pintar dan peralatan rumah mereka yang lain.

Mulai 3 Mei sehingga 30 Jun 2024, pengguna berpeluang memperolehi ganjaran hebat seperti kredit e-Wallet Touch n’ Go sehingga RM2,900 dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM140,000 daripada siri TV Samsung AI terkini dan rangkaian peranti audio. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai pertandingan larian untuk memenangi hadiah bonus seperti Q-Series Soundbar, Galaxy S24 dan Bespoke Jet Plus dengan memuat naik resit dan gambar secara kreatif. Untuk mengetahui lebih lanjut siri produk TV, ganjaran, kemudahan dan perkara lain Samsung bagi tahun 2024, sila layari https://www.samsung.com/my/offer/2024-ai-tv/launch/

Promosi Pelancaran TV Samsung 2024:

No.SegmenKod BaranganHarga Biasa (RM)Nilai Kredit TNG (RM)Hadiah Percuma dengan Pembelian
1Neo QLED 8KQA85QN900DKXXM46,9992,500
2Neo QLED 8KQA75QN900DKXXM30,9991,300
3Neo QLED 8KQA85QN800DKXXM32,9991,700
4Neo QLED 8KQA75QN800DKXXM24,9991,000
5OLEDQA77S95DAKXXM32,9991,600
6OLEDQA65S95DAKXXM17,999700
7OLEDQA77S90DAEXXM28,9991,400
8OLEDQA65S90DAKXXM15,999600
9Neo QLED 4KQA98QN90DAKXXM69,9992,900
10Neo QLED 4KQA85QN90DAKXXM24,9991,300
11Neo QLED 4KQA75QN90DAKXXM15,999700
12Neo QLED 4KQA65QN90DAKXXM12,299500
13Neo QLED 4KQA85QN87DAKXXM20,9991,100
14Neo QLED 4KQA75QN87DAKXXM13,999600
15Neo QLED 4KQA65QN87DAKXXM9,899400
16Neo QLED 4KQA85QN85DBKXXM18,599900
17Neo QLED 4KQA75QN85DBKXXM11,999500
18Neo QLED 4KQA65QN85DBKXXM8,299300
19QLEDQA98Q80CAKXXM33,9991,400
20QLEDQA85Q80DAKXXM15,999600
21QLEDQA75Q80DAKXXM11,499400
22QLEDQA85Q70DAKXXM14,199500
23QLEDQA75Q70DAKXXM10,199300
24QLEDQA85Q65DAKXXM10,999500
25QLEDQA75Q65DAKXXM6,999300
26QLEDQA85Q60DAKXXM10,999500
27QLEDQA75Q60DAKXXM6,799300
28The FrameQA85LS03DAKXXM19,7998001x Bezel worth RM899
29The FrameQA75LS03DAKXXM12,3995001x Bezel worth RM799
30The FrameQA65LS03DAKXXM8,3993001x Bezel worth RM699
31The FrameQA55LS03DAKXXM6,1992001x Bezel worth RM599
32Crystal UHDUA98DU9000KXXM17,999700
33Crystal UHDUA85DU8000KXXM8,999400
34Crystal UHDUA85DU7000KXXM8,299300

Promosi Pelancaran Peranti Audio Samsung 2024:

No.Segmen Kod BaranganHarga Biasa (RM)Nilai Kredit TNG (RM)Harga Promosi Pelancaran (RM)
1Q-Series SoundbarHW-Q990D/XM6,4993004,999
2Q-Series SoundbarHW-Q930D/XM4,9992503,699
3Q-Series SoundbarHW-Q800D/XM3,9992002,999
4Q-Series SoundbarHW-Q700D/XM2,9991502,299
5Music FrameHW-LS60D/XM1,9991,499

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.