Utama Mobile Android Google Project Gameface bawakan sokongan Kawalan Gerak Isyarat Wajah ke peranti Android

Google Project Gameface bawakan sokongan Kawalan Gerak Isyarat Wajah ke peranti Android

216
0

Di dalam acara I/O 2024 yang diadakan baru-baru ini, Google telah mengumumkan Project Gameface akan diperkenalkan ke dalam Android. Ia akan membolehkan pengguna mengawal peranti mereka dengan pergerakan kepala serta gerak isyarat wajah.

Fungsi ini diperkenalkan dengan tujuan utamanya bagi membolehkan pengguna mengawal PC dengan pergerakan kepala dan juga gerak isyarat wajah bagi mempertingkatkan aksesibiliti. Pergerakan tersebut akan mengawal kursor di skrin dan menawarkan cara baharu untuk berinteraksi dengan komputer.

Ciri tersebut akan diperkenalkan di dalam peranti Android tidak lama lagi. Menerusi satu hantaran di blog rasminya, Google mengumumkan bahawa Project Gameface akan hadir di Android dengan sokongan untuk 52 gerak isyarat wajah yang unik.

Ia termasuklah pergerakan yang melibatkan seperti membuka mulut, menaikkan kening, menjeling ke arah tertentu, dan banyak lagi. Setiap isyarat boleh ditetapkan kepada tindakan sistem tertentu seperti kembali ke laman utama, kembali, membuka panel notifikasi, membuka laci aplikasi (app drawer), dan sebagainya.

Sistem ini juga boleh melakukan gerak isyarat “seret” dengan membiarkan pengguna melihat pada satu titik di skrin, melakukan gerak isyarat, dan kemudian melihat ke arah yang mereka ingin seret. Ciri ini juga tidak memerlukan perkakasan tambahan, dan hanya memanfaatkan kamera hadapan peranti.

Google telah menjadikan Project Gameface sebagai sumber terbuka di GitHub bagi membolehkan para pembangun menggunakan kod-kod sumber tersebut untuk dimanfaatkan secara lebih meluas. Buat masa ini, ciri berkenaan tidak hanya natif di dalam Android dan boleh digunakan pada peranti-peranti lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.