Utama Android Honor Kamera HONOR Magic 6 Pro, Pesaing baharu Kamera Telefon Pintar Terbaik 2024

Kamera HONOR Magic 6 Pro, Pesaing baharu Kamera Telefon Pintar Terbaik 2024

366
0

HONOR Magic 6 Pro baharu sahaja dilancarkan di dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2024 di Barcelona baru-baru ini. Di dalam acara berkenaan HONOR mengetengahkan kelebihan unik telefon pintar berkenaan yang pastinya pada kameranya.

Terdapat lima buah lensa pada telefon pintar ini pada bahagian hadapan dan juga di belakangnya bersama-sama beberapa sensor terbina dalamnya. Spesifikasi kameranya juga dilihat begitu padu dengan kamera utama 50MP berapertur dinamik f/1.4-f/2.0, kamera telefoto 180MP dengan zum optikal 2.5x, zum digital 100x dan kamera ultra lebar 50MP dengan sudut pandangan 122 darjah.

Teraju utama kamera utama bersudut-lebar 50MP pada HONOR Magic6 Pro ini turut disokong dengan sensor Time of Flight (ToF) 3D yang mampu membantu meningkatkan persepsi kedalaman keseluruhan dan juga pengecaman wajah.

Sekadar berkongsikan pandangan peribadi, saya berani cakap kamera-kamera telefon pintar ini sememangnya cemerlang seperti yang diuar-uarkan. Kelajuan pengatupnya membolehkan anda mengambil foto secara spontan dengan kesan kabur pada subjek yang minimal.

Kamera utamanya secara konsisten dapat mengambil foto-foto berkualiti tinggi dalam pelbagai keadaan. Imej-imej yang dihasilkan mempunyai perincian, julat dinaik dan dedahan yang baik dengan kontras warnanya menjadikan suasana di dalamnya kelihatan lebih ‘hidup’.

Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar lain, perubahan dari lensa utama kepada lensa ultra-lebar tidak begitu ketara perubahan kualitinya. Ruang pandangan yang lebih lebar menjadikan imej pemandangan lebih menarik seperti gambar di tepian tasik atau pantai.

Kamera telefoto yang versatil

This slideshow requires JavaScript.

Paling versatil pada pandangan saya adalah pada kamera telefoto 180MP yang disediakan pada HONOR Magic 6 Pro ini. Apertur boleh larasnya mampu mengambil lebih banyak cahaya apabila diperlukan dan seterusnya boleh meningkatkan kualiti imej di dalam keadaan kurang pencahayaan dengan amat ketara.

Kelebihan utama pada Magic 6 Pro adalah pada keupayaan melaraskan kedalaman medan (depth of field). Ia membolehkan tangkapan imej potret dapat dihasilkan dengan lebih baik dan pada pandangan saya mampu mengesan bucu dengan amat cemerlang terutama bagi sesebuah kamera telefon pintar.

Kamera telefotonya pula mempunyai kelebihan melakukan zum optikal pada 2.5x dengan kebolehannya untuk mendekatkan pada subjek tanpa menyebabkan kemerosotan kualiti imej wajar dipuji. Pun begitu, keupayaan zum secara digital sehingga 100x seperti yang tertera pada bahagian belakang telefon pintar ini tidak begitu praktikal untuk digunakan.

Ciri sokongan AI Motion Sensing yang disediakan dan boleh diaktifkan mengikut kesesuaian pengguna dapat memberikan kelebihan untuk mengambil foto yang mempunyai subjek yang ligat bergerak. Ia amat berguna untuk mengambil foto aktiviti sukan dan juga kanak-kanak yang sedang lincah bermain.

Tidak ketinggalan, kamera hadapannya juga cemerlang dalam mengambil swafoto, baik untuk latar belakang yang dikaburkan mahupun latar belakang biasa. Wajah diterangkan dengan baik bersama-sama dedahan latar belakangnya juga.

Seterusnya untuk sokongan rakaman video pula, ia bukanlah kekuatan utama kamera telefon pintar ini sebagaimana tangkap gambar pegun. Namun, ia mampu merakamkan video pada kualiti sehingga 4K/60fps. Kualiti untuk mod 1080p/30fps pun masih dapat menghasilkan video yang baik dan yang ditambah lagi dengan penstabil imej optikal (optical image stabilization, OIS).

Nantikan pelancaran HONOR Magic 6 Pro pada 20 Mac ini

HONOR Magic6 Pro Bird SpecialHONOR Magic 6 Pro dijadualkan akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada minggu hadapan, 20 Mac 2024 dan boleh ditonton secara langsung menerusi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.