Utama Android Samsung Cipta Detik Indah Bersama dengan Ciri Kamera Galaxy A53 5G yang...

[Video] Cipta Detik Indah Bersama dengan Ciri Kamera Galaxy A53 5G yang Dikuasakan AI

800
0

Dalam landskap digital hari ini, pengguna muda mahu melakukan lebih daripada sekadar mengambil foto — mereka mahu mencipta detik-detik indah. 

Inilah sebabnya mengapa Galaxy A53 5G baharu menampilkan pengalaman kamera dipertingkat AI yang direka untuk memperkasakan setiap saat pembelajaran, mencipta dan meneroka.

Anda boleh membuat setiap foto dan video menyerlah, walaupun dalam pencahayaan malap, dengan kamera yang melaraskan kadar bingkainya secara automatik kepada keadaan cahaya yang berbeza.

Sama ada anda menangkap gambar bersendirian atau bersama rakan, anda boleh mengambil gambar terbaik anda dengan mod Portrait yang dipertingkatkan yang menangkap kedalaman dan garis subjek dengan lebih tepat.

Lebih-lebih lagi, dengan mod Fun, anda boleh menambah penuras interaktif yang menyeronokkan untuk menukar mana-mana majlis menjadi sesi penggambaran secara mendadak. Kadangkala, terdapat pelbagai perkara yang menghalang foto yang sempurna — seperti photobomb yang tidak disengajakan atau silau yang mengganggu.

Menggunakan Photo Remaster, anda boleh memberi nafas baharu kepada imej lama dan yang berkualiti rendah atau menggunakan objek Eraser untuk menghilangkan sebarang gangguan di latar belakang untuk menghasilkan tangkapan gambar anda yang sempurna.

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.