Utama Kesihatan JPJ buka semula Perkhidmatan Latihan, Ujian Pemandu mulai 1 Jun

JPJ buka semula Perkhidmatan Latihan, Ujian Pemandu mulai 1 Jun

851
0

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2020 – Perkhidmatan latihan dan pengujian pemandu akan dibuka semula berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataannya hari ini telah memaklumkan institut memandu akan beroperasi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Sehubungan itu, perkhidmatan yang dibenarkan adalah latihan pemanduan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03.

“Seterusnya, perkhidmatan praujian pemanduan (QTI), ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) selain ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian diiktiraf JPJ,”

Para kakitangan dan orang awam yang terlibat juga dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Pematuhan SOP berdasarkan arahan dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.

“Semua pihak terbabit diingatkan supaya mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dengan mengamalkan normal baharu termasuk amalan penjarakan sosial dan penggunaan cecair pembasmi tangan serta pelitup muka.

“JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantai penularan pandemik COVID-19,”

Imej pengatas dari Institut Memandu Sinar

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.