Utama Apple iPhone SE dengan sokongan 5G dijangka akan dilancarkan pada tahun depan

iPhone SE dengan sokongan 5G dijangka akan dilancarkan pada tahun depan

56
0

Apple merancang untuk memperbaharui keupayaan iPhone SE dengan memberikannya cipset A14 Bionic. Menurut DigiTimes, iPhone berkenaan juga berkeupayaan 5G sahaja dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022.

iPhone SE baharu berkenaan akan disasarkan kepada pengguna-pengguna yang mahukan telefon pintar yang lebih kecil saiznya. Ia juga dikatakan akan menjadi “iPhone 5G paling murah yang pernah ditawarkan”.

Model asal iPhone SE pertama kali diperkenalkan pada Mac 2016 dan dikhususkan sebagai iPhone peringkat pemula seperti iPhone 5S.

Apple sebelum ini telah memperbaharui keupayaan iPhone SE pertama kali pada tahun April tahun lalu dengan menawarkan cipset A13 Bionic. Cipset berkenaan merupakan jenis yang sama digunakan pada iPhone 11.

Berdasarkan laporan, “iPhone SE 3” yang akan datang ini kelak menampilkan sedikit sahaja perubahan iaitu cipset A14 Bionic dan sokongan 5G.

iPhone SE merupakan satu-satunya iPhone dalam barisan terkini yang mempunyai pengimbas Touch ID dan butang Home. Ciri tersebut dikatakan akan terus dikekalkan pada “iPhone SE 3” berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.