Utama Perkakasan Samsung Samsung sahkan acara Galaxy Unpacked berlangsung pada 11 Ogos 2021

Samsung sahkan acara Galaxy Unpacked berlangsung pada 11 Ogos 2021

49
0

Samsung telah mengesahkan tarikh untuk acara Galaxy Unpacked akan dilangsungkan pada 11 Ogos 2021, jam 10 malam secara streaming di laman web rasminya.

Acara yang berlangsung secara dalam talian sepenuhnya ini akan memperkenalkan beberapa peranti Samsung baharu, antaranya Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3.

Sesetengah pihak di dalam industri turut menjangkakan Samsung akan memperkenalkan juga jam tangan pintar Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch Active4.

Jam tangan pintar berkenaan akan hadir bersama-sama Wear OS serba baharu yang dibangunkan secara bersama di antara Samsung dan Google.

Bagi anda yang kerap mengikuti acara Samsung terutamanya beberapa tahun kebelakangan ini, anda mungkin cakna mengenai ketiadaan siri Galaxy Note baharu. Kebiasaannya, model baharu dari siri ini akan diperkenalkan sekiar suku ketiga tahunan pada setiap tahun.

Dalam pada masa yang sama, Samsung Malaysia memaklumkan bagi anda yang mendaftar minat melalui laman acara Galaxy Unpacked, anda akan layak menerima e-baucar bernilai RM 300.

Baucar ini boleh digunakan di kedai dalam talian Samsung selepas pra-tempahan untuk peranti Samsung Galaxy baharu dilancarkan ini dibuat. Bagaimanapun, e-baucar ini hanya boleh digunakan pada peranti boleh pakai dan aksesori Samsung yang terpilih.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.