Utama Perkakasan Intel Intel Core i9-12900K dikatakan 26% lebih pantas berbanding Ryzen 9 5950X

Intel Core i9-12900K dikatakan 26% lebih pantas berbanding Ryzen 9 5950X

463
0

Intel dikatakan sedang merancang untuk meningkatkan bilangan teras di dalam pemprosesannya sebagai usaha menyaingi CPU AMD Ryzen melalui CPU desktop generasi baharunya, Alder Lake.

Pemprosesan mercu Core i9-12900K akan mempunyai sehingga 16 teras melalui penggunaan teknologi hibrid baharu.

Maklumat tersebut diperoleh menerusi laman web berbahasa Cina, Zhihu dan diposkan melalui laman Videcardz. Terdapat maklumat spesifikasi ditunjukkan berdasarkan sampel yang diberikan kepada rakan niaga Intel baru-baru ini.

Kesemua CPU berkenaan, termasuk Core i9-12900K, Core i7-12700K dan Core i5-12600K, menampilkan teras-teras Hybrid. Di mana teras-teras kecil diletakkab bersama-sama teras-teras yang lebih berkuasa dengan jumlah frekuensi yang tinggi. Penggunaan teknologi hibrid ini membolehkan CPU mengekalkan prestasi tinggi di dalam keadaan bebanan antara bebenang ringan hingga sederhana.

Core i9-12900K mempunyai 8 ‘teras besar’ dan 8 ‘teras kecil’, menjadikan keseluruhannya berjumlah 16 teras. Sebagai perbandingan, CPU mercu Intel terkini, Core i9-11900K mempunyai 8 teras sahaja.

Untuk Core i7-12700K pula, ia dikatakan akan mempunyai 12 teras berbanding Core i7-11700K yang mempunyai 8 teras. Akhir sekali, Core i5-12900K pula didapati mempunyai 10 teras.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.