Utama Apple iPhone 15 Pro dan Pro Max dilapor berdepan masalah pada pengeluaran Skrin;...

iPhone 15 Pro dan Pro Max dilapor berdepan masalah pada pengeluaran Skrin; Unit terhad ketika pelancaran

381
0
iPhone 15 Imej Pengolokan

Apple berdepan dengan masalah pengeluaran skrin untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang mungkin akan menyebabkan unit untuk dijual ketika pelancarannya pada September ini terhad.

Terdapat khabar angin yang mengatakan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan mempunyai bingkai yang lebih nipis berbanding siri iPhone 14 Pro dan ia dikatakan menjadi punca kepada gangguan pada pembuatan model berkenaan kelak.

Menurut The Information, pembekal-pembekal Apple menggunakan proses pembuatan baharu bagi mengurangkan saiz bingkainya dan ia menyebabkan masalah pada paparan yang dibuat oleh LG Display.

Apple sebelum ini pernah mengalaman masalah yang sama dengan pertambahan saiz skrin Apple Watch Series 7 pada 2019 yang mengakibatkan jam tangan pintar berkenaan ditangguhkan sehingga sebulan.

Paparan daripada LG berkenaan dikatakan gagal di dalam ujian ketahanan ketika proses paparan dicantumkan dengan kerangka logam iPhone 15 yang tersebut. Apple sedang mengubah rekaan paparan dari LG tersebut untuk membolehkan ia melepasi ujian tersebut. Selain itu, Apple juga masih mempunyai paparan dari Samsung yang boleh digunakan untuk pemasangan.

The Information juga yakin Apple tidak akan menangguhkan pelancaran iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Namun, dijangkakan bilangan unit yang tersedia untuk dijual pada hari pelancarannya tidak banyak .

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.