Utama Telco Celcom Pelan Internet Tanpa Had Celcom mempunyai Had Kuota selepas 7 Oktober ini

Pelan Internet Tanpa Had Celcom mempunyai Had Kuota selepas 7 Oktober ini

1200
0

Celcom telah melaksanakan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Use Policy, FUP) baharu melibatkan had kuota penggunaan pelan internet tanpa had.

Penawaran ini selepas ini berbeza dengan tawaran “Truly Unlimited Prepaid” yang terdahulu. Pengguna pas bulanan Pelan Tanpa Had Xpax hanya boleh menikmati data berkelajuan tinggi sehingga 60GB sahaja pada setiap bulan.

FUP ini dikira masih lagi tinggi jika dibanfingkan dengan Hotlink Prepaid Unlimited yang menetapkan had kuota 50GB sebulan.

Sebagaimana yang dinyatakan pada laman soalan lazimnya, pengguna tanpa had mingguan kini dihadkan pada 20GB seminggu. Manakala pengguna bulanan pula pada 60GB sebulan.

Sebaik sahaja had penggunaan anda mencecah paras yang telah ditetapkan, kelajuan internet mudah alih anda akan disekat pada kelajuan 512kbps sahaja. Penetapan ini mirip dengan apa yang ditawarkan oleh Hotlink yang menyekat kelajuan internet pengguna selepas habis kuota pada 64kbps.

Lamn soalan lazim berkenaan juga menyatakan FUP baharu ini hanya tertakluk kepada pengguna baharu yang mengaktifkan atau menukarkan pek permulaan dari 7 Oktober 2021. Ini bermakna, pelanggan sedia ada tidak akan terkesan dengan perubahan ini dan masih lagi boleh menikmati kelebihan “Truly Unlimited”.

Celcom juga yakin kelajuan 512kbps berkenaan mencukupi untuk pengguna menikmati penggunaan internet seperti Youtube, Instagram, TikTok, WhatsApp dan Facebook. Melalui kuota data 60GB pada setiap bulan ini, Celcom menjangkakan pengguna mampu menikmati sehingga 120 jam penstriman video, 1200 jam permainan mudah alih, dan 200 jam video WhatsApp.

Bagi membantu anda mengurus dan mengoptimumkan penggunaan data anda, Celcom telah menyediakan garis panduan beberapa garis panduan.

Ia melibatkan mengoptimasi pengguna data anda dan meningkatkan kelajuan memuatkan. Antaranya seperti mematikan fungsi auto-play dan mengaktifkan fungsi penjimatan data (data-saver) pada platform media sosial dan penstriman video.

Pelan Tanpa Had Celcom Xpax baharu

Pelan Tanpa Had Celcom Xpax masih lagi ditawarkan pada RM35 sebulan dengan panggilan tanpa had dan data “tanpa had” berkelajuan 3Mbps berserta kuota hotspot 3GB. Terdapat juga pilihan bulanan baharu berharga RM38 sebulan yang menyediakan tambahan kuota 5GB untuk internet berkelajuan tanpa sekatan.

Berdasarkan laman soalan lazimnya, kuota 5GB berkenaan menawarkan internet berkelajuan penuh tanpa had sekatan 3Mbps. Anda boleh mengaktifkannya menerusi aplikasi Celcom Life dan boleh digunakan sepanjang tempoh aktif pas tanpa had berkenaan.

Sebaik sahaja anda menghabiskan kuota kelajuan tanpa berkenaan, penggunaan anda yang berikutnya tertakluk pada had kuota FUP yang berbaki. Pengguna pas RM38 sebulan ini juga akan ditawarkan dengan akses VIP iQiyi secara percuma selama 6 bulan. Pas VIP iQiYi ini perlu ditebus dalam tempoh 7 hari selepas langganan pas tanpa had berkenana dibuat.

Maklumat lanjut mengenai Celcom Xpax, layari laman web rasmi Celcom.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.