Utama Apple Apple iPhone 13 dan Samsung Galaxy A12 adalah Telefon Pintar paling laris...

Apple iPhone 13 dan Samsung Galaxy A12 adalah Telefon Pintar paling laris di Dunia pada awal 2022

460
0

Apple melancarkan siri iPhone 13 pada 2021 dan tiga model dari siri berkenaan kini telah menjadi antara telefon pintar paling laris di dunia, menurut maklumat yang dikongsikan oleh Francisco Jeronimo, Naib Presiden Bersama IDC melalui Twitter.

Menerusi maklumat tersebut, beliau menyatakan Apple iPhone 13 menduduki tempat pertama di kalangan lima telefon pintar paling laris di dunia pada suku pertama 2022. Telefon pintar yang dilancarkan pada Oktober 2021 ini menawarkan cipset paling pantas keluaran Apple setakat ini, A15 Bionic.

Sebuah lagi telefon pintar keluaran Apple, iPhone 13 Pro Max pula menghuni di tangga kedua. Sebagaimana nama yang diberikannya, ia merupakan model yang menawarkan paling banyak ciri dan fungsi berbanding model-model lain di dalam siri tersebut. iPhone 13 Pro Max menawarkan paparan Super Retina XDR OLED dengan kadar penyegaran semula paparan sehingga 120Hz. Telefon dengan tetapan tri-kamera pada belakangnya ini juga menggunakan cipset terkini dari Apple, A15 Bionic.

Menariknya, di tangga ketiga dan kelima pula ia telah diambil oleh telefon peringkat pemula dari Samsung, Galaxy A12 dan Galaxy A32. Dari segi saiz paparan, Samsung Galaxy A12 menawarkan paparan IPS 6.5-inci dan menggunakan cipset MediaTek Helio P35. Manakala untuk Galaxy A32 pula, telefon pintar Samsung ini menggunakan paparan 6.4-inci Super AMOLED 90Hz dan dikuasakan oleh MediaTek Helio G80.

Menerusi hantaran di Twitter berkenaan juga, Jeronimo turut menjelaskan pendapatan Apple dari jualan iPhone 13 sahaja mencecah $42 billion (~RM184 billion), bersamaan 84% dari jumlah jualan keseluruhan iPhone.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.