Utama Apple Siri telefon pintar iPhone 12 dicatatkan sebagai peranti dengan kelajuan muat turun...

Siri telefon pintar iPhone 12 dicatatkan sebagai peranti dengan kelajuan muat turun terpantas di Malaysia, lapor SpeedTest

179
0

Selain menyediakan laporan mengenai syarikat telekomunikasi dengan kelajuan internet terpantas, SpeedTest turut menyenaraikan kelajuan internet di Malaysia berdasarkan jenis peranti.

Berdasarkan laporan tersebut, didapati telefon pintar dari siri iPhone 12 telah menguasai ketiga-tiga tempat teratas peranti dengan kelajuan muat turun terpantas di Malaysia.

Dari lima peranti di tempat teratas berkenaan, hanya satu sahaja peranti bukan Apple yang disenaraikan. Telefon pintar Xiaomi, Mi 10T Pro 5G berada di tempat keempat, mengatasi sebuah lagi telefon pintar dari Apple, iPhone 11 Pro Max.

Pada kelajuan memuat turun sekitar 50Mbps, ketiga-tiga model iPhone 12 tersebut ialah iPhone 12 Pro 5GiPhone 12 Pro Max 5G dan iPhone 12 5G.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.