Utama Telco Digi Digi catat markah kelajuan paling tinggi dalam Laporan Speedtest Suku Kedua 2021

Digi catat markah kelajuan paling tinggi dalam Laporan Speedtest Suku Kedua 2021

1345
0

Digi telah dilaporkan mencatatkan markah kelajuan internet paling pantas sepanjang tempoh suku tahunan kedua 2021 berbanding syarikat telekomunikasi lain di Malaysia.

Angka ini telah direkodkan oleh perkhidmatan semakan kelajuan internet popular, SpeedTest menerusi laporan suku tahunan kedua 2021 yang diterbitkan baru-baru ini. Pengiraan dibuat berdasarkan 90% dari kelajuan memuat turun, manakala baki selebihnya 10% pula diambil dari kelajuan memuat naik.

Menurut SpeedTest, Digi telah mencatatkan markah kelajuan 30.20 dalam tempoh berkenaan. Ia diikuti oleh Maxis yang mencatat markah 29.92 dan seterusnya di tempat ketiga dihuni oleh U Mobile yang mencatatkan markah sebanyak 27.40.

Melalui catatan markah 24.91, Celcom berada di tanggan keempat dan akhir sekali di kedudukan tercorot, Unifi Mobile mencatatkan markah kelajuan sebanyak 13.75 sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.