Utama Mobile iOS iOS 14 mungkin perkenalkan Sistem Multi-Tugas seperti yang ada pada iPadOS

iOS 14 mungkin perkenalkan Sistem Multi-Tugas seperti yang ada pada iPadOS

751
0

Telefon-telefon pintar iPhone yang menggunakan iOS 14 dijangka akan ‘meminjam’ ciri bentangan multi-tugas yang kini digunakan pada iPad. Maklumat ini diperoleh dari salah seorang pentiris maklumat tegar, Ben Geskin.

Sistem operasi untuk iPhone keluaran akan datang ini dijangka bakal menemui pengguna sekitar bulan Jun 2020 nanti.

Rekaan terbaru untuk fungsi multi-tugasan iOS 14

Imej dan video yang diperoleh dari Ben Geskin dan dikongsikan dengan 91mobiles menunjukkan sebuah iPhone 11 Max dengan aplikasi-aplikasi latar dipaparkan dalam bentuk grid. Seterusnya membolehkan pengguna memilih aplikasi mana yang ingin dibawakan ke depan. Cara ini kini digunakan oleh iPad sahaja untuk menguruskan fungsi multi-tugas dan masih lagi tidak terdapat pada iPhone.

Maklumat tertiris ini juga turut menunjukkan video demonstrasi fungsi ini melalui iPhone 11 Pro Max.

Sebelum ini, Ben Geskin pernah melaporkan imej pengolokan iPhone 11 beberapa bulan lebih awal dari tarikh pelancarannya. Beliau turut menjelaskan fungsi ini benar-benar wujud dan bukan dibuat pada peranti yang telah dibuat ‘jail-break’.

Fungsi multi-tugas gaya iPad ini turut dikenali sebagai ‘Grid Switcher’.  Selain itu, Ben Geskin turut menunjukkan imej tangkapan skrin yang menunjukkan pilihan penukaran Grid Switcher ke Deck Switcher.

Setakat ini masih belum diketahui rupa bentuk rekaan antara muka iOS 14 secara rasminya. Apple pada kebiasaannya akan mendedahkan kemaskini sistem operasi mudah alihnya pada Persidangan Pembangun-Pembangun Sedunia (WDC) yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.