Utama Komputer Intel Intel secara rasminya melancarkan Pemprosesan terbarunya, Kaby Lake

Intel secara rasminya melancarkan Pemprosesan terbarunya, Kaby Lake

5000
2

Intel baru-baru ini telah pun melancarkan pemprosesan terbarunya, Kaby Lake untuk platform desktop dan laptop. Pemprosesan Intel Generasi Ketujuh turut merangkumi jenama-jenama Core, Kaby Lake-U dan Xeon yang terbaru.

Antara pemprosesan desktop Core i3 terbaru yang ditawarkan termasuklah Core i3-7340, Core i3-7320T, Core i3-7120, dan Core i3-7120T. Menampilkan ciri terbaru “S-0” stepping berbanding pemprosesan Core i3 terdahulu yang  menggunakan “B-0” stepping. Dari segi spesifikasi, kesemua pemprosesan terbaru berkenaan menawarkan kelajuan klok dari 3.5GHz hingga 4.2GHz.

Untuk pemprosesan mudah alih pula, Intel melancarkan empat pemprosesan terbaru Kaby Lake-U, Core i3-7007U, Core i3-7110U, Core i5-7210U, dan Core i7-7510U. Kesemua pemprosesan mudah alih Intel ini menawarkan kelajuan klok asas di antara 2.1GHz hingga 2.7GHz. Menariknya, pemprosesan-pemprosesan ini mempunyai TDP 15W.

Tidak ketinggalan, Intel Xeon E3-1285 v6 yang dijangkakan bakal digunakan pada Apple iMac. Spesifikasinya termasuklah, empat teras CPU dan lapan threads, kelajuan klok 4.1GHz (asas) dan 4.5GHz (dipertingkatkan), 8MB L3 cache, iGPU Intel HD P630 dan TDP 91W.

Bagaimanapun, Intel tidak menyediakan sebarang perincian berkenaan harga dan tarikh bila pemprosesan-pemprosesan ini akan hadir ke pasaran.

Sumber berita diperoleh dari AnandTech

2 KOMEN

  1. For more information about Creighton University’s renewable energy project,
    please visit If you reside in Omaha, Nebraska or the surrounding metropolitan area and are contemplating or have completed a solar energy project, please send me an email describing the initiative and your contact information to solaromaha@yahoo.
    “Each time of year has something that sets it apart from
    others. With the president announcing his support for construction of the southern leg of
    the KXL, even offering to “cut through the red tape” to speed up the process, this would seem an opportune time
    to put him on the spot with our “reasonable compromise” as
    embodied by the Terry bill.

  2. Dessa forma animado cliente decide tal como irá tapar ajuste,
    irá ainda que alforriar-se preço ao preço de alcance, ampere tempo, no
    parcelas, financiado, que nem acaba tornar-se admiração ou aluguel, qual irá apurar número do aluguer,
    se vai transportar dentro de admiração próprio, afinal,
    todos os minúcias com qualquer acordo comum com revenda, empresa de outra maneira assunto. http://bluecapsturbo.doodlekit.com

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.