Utama Android Oppo Oppo Watch 2 akan diumumkan pada 27 Julai 2021

Oppo Watch 2 akan diumumkan pada 27 Julai 2021

180
0

Oppo telah melancarkan jam tangan pintar pertamanya, Oppo Watch pada tahun lalu dan kini kesinambungannya diteruskan lagi melalui Oppo Watch 2 yang akan diumumkan pada minggu depan, 27 Julai.

Setakat ini tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai Oppo Watch 2 ini. Namun, jam tangan pintar berkenaan telah pun disenaraikan di dalam kedai dalam talian China, JD.com.

Menerusinya, dapat diketahui reka bentuk dan pilihan warna untuk Oppo Watch 2. Selain itu, ia akan hadir dengan cip Apollo 4s dan fungsi-fungsi lain seperti kawalan kamera dan mod permainan. Cuma, tidak dipastikan apakah fungsi sebenar mod permainan tersebut pada sebuah jam tangan pintar.

Berdasarkan maklumat spesifikasi Oppo Watch 2 yang telah tertiris sebelum ini, jam tangan pintar ini akan dilengkapkan dengan cipset Snapdragon Wear 4100 berserta sokongan dari Apollo 4s. Untuk antaramuka, ia menggunakan ColorOS dengan RTOS sekunder untuk melanjutkan tempoh penggunaan baterinya.

Selebihnya, maklumat yang tertiris berkenaan menyatakan jam tangan pintar dari Oppo ini akan menyertakan sokongan eSIM dan LTE, storan dalaman 16GB, aplikasi Oppo Relax, muka jam baharu dan pengesan stres. Ia juga akan ditawarkan dengan dua pilihan saiz iaitu 42mm dan 46mm.

SUMBERSparrowNews
Artikel sebelum iniIntel Core i9-12900K dikatakan 26% lebih pantas berbanding Ryzen 9 5950X
Artikel seterusnyaSamsung dikatakan sedang uji pengecasan 65W untuk siri Galaxy S22
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.