Utama Android Infinix Infinix Hot 50 4G akan hadir di Pasaran Malaysia pada 5 Disember...

Infinix Hot 50 4G akan hadir di Pasaran Malaysia pada 5 Disember 2024

17
0

Infinix telah mengumumkan kehadiran Hot 50 4G ke pasaran tempatan bersama-sama pelancarannya pada 5 Disember 2024. Ia merupakan model ketiga yang dijual di pasaran Malaysia selepas Hot 50 5G dan Hot 50i. Berbeza dengan model 5G siri ini, versi ini hadir dengan paparan yang lebih baik.

Infinix Hot 50 4G menampilkan paparan LCD 6.78-inci beresolusi 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak 800 nits. Di dalamnya, telefon pintar peringkat pemula ini menggunakan MediaTek Helio G100 dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Dari segi fotografinya pula, ia mempunyai dwi kamera dengan kamera utama 50MP, serta sebuah kamera hadapan 16MP. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W. Selain menawarkan sokongan rangkaian mudah alih 4G, ia juga menyokong Wi-Fi 5, Bluetooth, NFC dan juga bicu audio 3.5mm.

Telefon pintar model 4G keluaran Infinix ini juga menggunakan antaramuka XOS 14.5 yang berasaskan Android 14 dengan ciri-ciri AI seperti pemadam imej AI, pembantu Folax, penjana teks dan banyak lagi. Ia juga dilengkapkan dengan pengimbas cap jari pada sisinya dan juga mempunyai ciri tahan percikan air.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.