Tokoh perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan telah meninggal dunia pagi tadi, 28 November 2024 pada usia 86 tahun. Pengumuman tersebut dikeluarkan oleh syarikat pelaburan beliau, Usaha Tegas Sdn Bhd.
April lalu Forbes telah menyenaraikan Tan Sri Ananda Krishnan sebagai individu keenam terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan bernilai US$5.1 billion (~RM22.66 billion). Kejayaan beliau lebih dikenali sebagai pengasas dan juga pengerusi syarikat-syarikat besar tempatan seperti Maxis Bhd, Astro Malaysia Holdings Bhd, dan MEASAT Satellite System.
Dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur pada tahun 1938, beliau pernah bersekolah di Sekolah Tamil Vivekanda Kuala Lumpur dan Victoria Institution sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Melbourne, Australia untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian. Beliau seterusnya melanjutkan ke peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard.