Utama Android Infinix Infinix GT 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini

Infinix GT 20 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini

223
0

Infinix GT 20 Pro yang berkesinambungan dari Infinix GT 10 yang diperkenalkan pada tahun lepas akan dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi pada awal bulan hadapan.

Tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar baharu keluaran Infinix berkenaan buat masa ini. Namun, ia didapati mempunyai nombor model yang sama seperti yang diketemukan di dalam pangkalan data dalam talian Geekbench.

Menerusinya, telefon pintar berkenaan dijangka akan hadir dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 8200, RAM 12GB dan storan 256GB. Pangkalan data maklumat penanda aras berkenaan juga menyatakan ia akan mempunyai bateri berkapasiti 4,900mAh yang mungkin akan dipasarkan sebagai 5,000mAh.

Dalam pada masa yang sama, GSMArena juga berkongsikan lakaran rekaan yang didakwa sebagai Infinix GT 20 Pro dengan beberapa helaian perincian spesifikasi tambahan.

Menerusi lakaran tersebut, telefon pintar berkenaan kelihatan mirip dengan model sebelumnya ini dengan sedikit perubahan. Maklumat tambahan lain mengenainya juga menyatakan ia akan hadir dengan pengecasan 45W dan paparan dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Laporan yang sama juga menyatakan Infinix GT 20 Pro akan dilancarkan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada 28 April ini dengan pelancarannya di Malaysia pula dikatakan akan dibuat pada 2 Mei 2024.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.