Utama Android Infinix Infinix GT 10 Pro 5G kini dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia;...

Infinix GT 10 Pro 5G kini dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia; Berharga RM999

285
0
Infinix GT 10 Pro Extended First Sales

Telefon pintar Infinix GT 10 Pro 5G secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini. Pengumuman rasmi tersebut turut membawakan harga jualannya di pasaran, RM999.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 8050 bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Ia juga mempunyai slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 1TB.

Melalui skrin AMOLED Full HD 6.67-inci, paparan Infinix GT 10 Pro menyokong kadar penyegaran semula 120Hz dengan kecerahan maksimum 900 nits. Juga disediakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W bersama-sama ciri yang dikenali sebagai ‘bypass charging’.

Secara ringkas, ciri ini membolehkan pengguna menggunakan bekalan kuasa terus dari sumber tanpa melalui bateri. Ia berguna ketika sesi bermain permainan mudah alih bagi mengelakkan masalah bateri menjadi terlampau panas atau terlebih cas. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan kesan akibat kitaran pengecasan bateri yang berlebihan.Infinix x Homebois

Untuk sistem kameranya, Infinix GT 10 Pro 5G menawarkan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 32MP.Infinix x Nureddy Nursal (DaddyHood)

Infinix GT 10 Pro 5G mula dijual di pasaran Malaysia pada 13 September dengan harga RM999.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.