Utama Android Infinix Infinix GT 10 Pro; Telefon Pintar ‘Gaming’ akan dilancarkan Ogos ini

Infinix GT 10 Pro; Telefon Pintar ‘Gaming’ akan dilancarkan Ogos ini

513
0

Infinix seringkali dikaitkan sebagai pengeluar telefon pintar berharga mampu milik. Baru-baru ini telah dilaporkan pengeluar berkenaan akan mengeluarkan telefon pintar khusus permainan mudah alih yang dikenali sebagai Infinix GT 10 Pro di India pada bulan hadapan.

GSMArena melaporkan Infinix mensasarkan untuk menawarkan telefon pintar dengan ciri permainan berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Berdasarkan imej-imej yang telah dikongsikan, Infinix GT 10 Pro akan hadir dengan rekaan semi-lutsinar mirip dengan telefon pintar Nothing.

Juga terdapat kemungkinan telefon pintar berkenaan akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu putih dan juga biru. Ciri-ciri yang menonjolkan pengkhususannya dalam permainan mudah alih juga jelas kelihatan terutama pada jalur-jalurnya.

Laporan yang sama juga menyebut Infinix GT 10 Pro akan menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity yang tidak dinyatakan jenisnya secara spesifik. Sistem operasinya pula ia menggunakan XOS 13 yang berasaskan Android 13.

Infinix GT 10 Pro dijangka akan dilancarkan di India pada bulan depan. Sejauh mana ia mampu menawarkan pengalaman permainan berprestasi tinggi pada harga mampu milik, sama-sama kita nantikannya pada Ogos ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.