Utama Mobile Android Imej pengolokan Sony Xperia XA3 tertiris, dedahkan paparan tanpa takuk 21:9 dan...

Imej pengolokan Sony Xperia XA3 tertiris, dedahkan paparan tanpa takuk 21:9 dan dwi-kamera

632
0

Kebanyakan telefon pintar mercu masa kini menggunakan paparan bernisbah 18:9 atau nisbah yang lebih panjang sedikit seperti 18.5:9 dan 19:9. Contoh terbaru adalah Apple iPhone X yang menggunakan paparan bernisbah panjang seperti 19.5:9.

Bagaimanapun, ini semua ‘tidak cukup panjang’ buat Sony apabila memperkenalkan nisbah 21:9 untuk dipadankan dengan paparan Xperia XA3 melalui satu imej pengolokan yang tertiris.

Tidak seperti telefon-telefon pintar lain keluaran terkini, Xperia XA3 tidak menampakkan sebarang takuk atau lubang kamera. Apa yang ditawarkan olehnya hanya sebuah bingkai pada bahagian atas seperti telefon-telefon pintar biasa sebelum trend paparan bertakuk mula menular selepas iPhone X.

Gabungan nisbah aspek 21:9 dan bingkai atasnya menjadikan telefon pintar ini kelihatan amat panjang. Portal WinFuture menjangkakan telefon pintar mercu Sony ini menawarkan paparan beresolusi 2560×1080 dan saiz paparan 5.9 inci.

Pada bahagian belakangnya, Xperia XA3 dilihat menyediakan modul dwi-kamera dengan flash dwi-LED. Setakat ini, telefon pintar ini diramalkan akan hadir dengan tetapan kamera 23MP dan 8MP. Pada bahagian bawahnya pula kelihatan satu port USB Type-C dan dua lubang speaker. Penderia cap jari kelihatan pada bahagian sisinya di antara butang penghidup dan penguat bunyi.

Untuk spesifikasi lainya, Xperia XA3 dikhabarkan akan menggunakan chipset Snapdragon 660, RAM 4GB, 64GB ROM dan bateri 3,500mAh. Telefon pintar ini dijangka bakal dilancarkan bersama-sama XA3 Ultra dan XZ4 bersempena Mobile World Congress (MWC) dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

Sumber berita diperoleh dari WinFuture

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.