Home Mobile Aplikasi ID dan Kata laluan Zoom yang telah dicuri dilaporkan kini telah dibocorkan...

ID dan Kata laluan Zoom yang telah dicuri dilaporkan kini telah dibocorkan di ‘Dark Web’

310
0

Belum reda dengan pelbagai isu berkaitan keselamatan data peribadi pengguna, Zoom bakal berdepan dengan masalah terbaru apabila ID mesyuarat dan kata laluan pengguna Zoom dilaporkan telah dikongsikan di ‘dark web’.

Aplikasi dan perkhidmatan persidangan dalam talian, Zoom pada masa ini sedang berdepan dengan pelbagai isu-isu berkaitan keselamatan sungguhpun jumlah penggunaannya telah meningkat mendadak berikutan wabak pandemik COVID-19.

Firma keselamatan siber, Sixgill baru-baru ini telah menemukan sejumlah 352 akaun Zoom yang telah dikompromi. Akaun-akaun berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pengguna yang popular di dalam forum dark web. Maklumat yang telah dibocorkan termasuklah alamat emel yang berhubung dengan akaun Zoom, kata laluan, ID persidangan, kekunci hos dan nama hos.

Wasikah (credentials) yang telah dicuri tersebut turut dilabel berdasarkan jenis-jenis akaun Zoom. Sebahagian maklumat yang dicuri turut melibatkan akaun-akaun pengguna berbayar.

Menurut Sixgill, selain dari 352 akaun yang dibocorkan adalah akaun peribadi, terdapat sesetengahnya milik institusi pendidikan dan perniagaan kecil. Salah satu akaun yang terlibat adalah milik kepada penyedia perkhidmatan kesihatan utama di Amerika Syarikat.

Bagi anda yang masih kurang jelas tentang istilah ‘dark web’, ia merupakan terma yang digunakan untuk laman-laman web, forum dan destinasi-destinasi dalam talian lain yang memerlukan pelayar web khas seperti Tor untuk mengaksesnya.

Laman-laman web berkenaan juga tidak boleh dilawati melalui URL yang ditaipkan melalui pelayar web seperti Chrome atau Firefox. Malahan, ia juga tidak boleh dijumpai oleh mana-mana enjin carian kegunaan umum termasuk Google.

Anda juga boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai ‘dark web’ melalui artikel ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.