Utama Android Huawei Panggilan Terakhir: HUAWEI Service Giving Season akan berakhir 31 Disember 2024

Panggilan Terakhir: HUAWEI Service Giving Season akan berakhir 31 Disember 2024

78
0

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER 2024 – Masa semakin suntuk! HUAWEI Service Giving Season akan berakhir, dan ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati pelbagai kelebihan dan ganjaran eksklusif.

Sehingga 31 Disember 2024, pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat, termasuk pembaikan tanpa kos buruh untuk peranti di luar jaminan, pelindung skrin percuma, pemasangan sistem PC, diskaun Huawei Care, dan hadiah percuma di Pusat Servis Pelanggan HUAWEI yang mengambil bahagian.

Servis Masa Terhad Hanya Untuk Anda!

    • Pembaikan tanpa kos buruh: Memiliki peranti di luar jaminan? Jangan risau! Melalui Pembaikan Tanpa Kos Buruh, HUAWEI mengetepikan kos buruh untuk pembaikan di luar jaminan, membolehkan pelanggan menjimatkan kos untuk pembaikan penting seperti skrin retak atau masalah perkakasan.
    • Pelindung Skrin PERCUMA: Lawati Pusat Servis Pelanggan HUAWEI terpilih untuk menerima pelindung skrin percuma untuk telefon pintar dan peranti boleh pakai anda. Tawaran ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan terhad kepada satu perkhidmatan bagi setiap pelanggan—jadi jangan tunggu lagi!
    • Hadiah percuma eksklusif: Sebagai tanda penghargaan, HUAWEI menawarkan hadiah percuma selepas pembaikan. Hadiah mungkin berbeza mengikut lokasi dan terhad untuk dituntut sekali sahaja bagi setiap pelanggan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh terus mengunjungi Pusat Servis HUAWEI tempatan.
    • Pemasangan semula sistem PC: Pengguna PC HUAWEI juga boleh menikmati perkhidmatan pemasangan semula sistem operasi asal percuma untuk peranti yang dibeli dalam tempoh lima tahun yang lalu.
    • Diskaun untuk HUAWEI Care: Lindungi peranti anda dengan HUAWEI Care pada harga diskaun. Nikmati ketenangan fikiran dan perlindungan komprehensif untuk pembaikan yang tidak dijangka, memastikan peranti anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

HUAWEI Service Giving Season bukan sekadar promosi; ia adalah cara HUAWEI untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setianya. HUAWEI menyedari peranan penting peranti pintar dalam kehidupan seharian dan memahami nilai perkhidmatan profesional yang boleh dipercayai. Dengan terus menambah baik tawaran perkhidmatannya, HUAWEI menyasarkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah dan mengukuhkan dedikasinya terhadap penjagaan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, kemas kini atau promosi mengenai produk terkini Huawei, sila lawati laman web rasmi HUAWEI, laman Facebook rasmi HUAWEI atau Instagram, atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1800-22-0086.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.